Belum selesai dengan isu karikatur mempersendakan bencana Tsunami di Jepun yang memalukan Malaysia berikutan lawak bodoh itu mendapat liputan antarabangsa [Berita Harian CNN], Berita Harian sekali lagi membuat fitnah sekaligus menjejaskan kredibilitinya sebagai media arus perdana apabila sengaja memfitnah ADUN (PAS) Bukit Payong kononnya memiliki pegawai yang ditangkap khalwat [Berita Harian].
Sebelum ini Akhbar Sinar Harian ada menyiarkan berita tentang pegawai ADUN di dalam kawasan Parlimen Marang Terengganu yang ditangkap khalwat, namun tidak dinyatakan secara khusus ADUN mana yang terlibat berikutan terdapat 4 DUN di bawah Parlimen Marang iaitu Alur Limbat (BN), Bukit Payong (PAS), Ru Rendang (PAS) dan Pengkalan Berangan (BN) [Sinar Harian].
Berita Harian menggunakan peluang ini untuk memfitnah ADUN PAS. Berikutan dengan fitnah ini, ADUN (PAS) Bukit Payong membuat laporan Polis terhadap Berita Harian, kerana menyiarkan berita fitnah yang disifatkan untuk memalukannya [Harakah].
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/fitnah-khalwat-berita-harian-buat-hal.html#ixzz1Ggr7U6Do