Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

BN dicabar laksana dakwat kekal dalam pilihan raya umum


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

MP Lembah Pantai membahaskan isu penggunaan dakwat kekal di Dewan Rakyat

“Jika perkara sekecil ini pun tak mampu dilaksanakan, usah bicara soal reformasi politik.
“Sudah tiba masanya, kerajaan menghapuskan undang-undang serta peraturan yang menyinpang dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.
“Jika ia tidak dan dilaksanakan, ini semua akan menjadikan Barisan Nasional rejim yang anti demokratik,” kata  Nurul Izzah dalam ucapannya pada perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Izzah memaklumkan, pada forum anjuran Bersih bulan lalu, Timbalan Pengerusi Suruhanya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui menjelang pilihanraya umum 2008, SPR mempunyai kuasa untuk terus melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sekalipun Kabinet ketika itu mengarahkan pembatalan atas alasan keselamatan.
Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) yang turut mencelah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa, Pengerusi SPR pada waktu itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Abdul Rahman telah menerima surat daripada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengugut supaya tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal.

Terdahulu sebelum itu, Nurul Izzah dalam ucapannya menuntut agar Dewan Rakyat pada perbahasan kali ini meluluskan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM serta Akta Pemansuhan Uundang-undang Darurat 2011.
Selepas 54 tahun merdeka, Izzah mendedahkan, Malaysia masih lagi tidak memansuhkan 4 perisytiharan Undang-undang darurat iaitu Deklarasi Darurat  Konfontasi Indonesia-Malaysia 1964, perisytiharan darurat di Sarawak pada tahun 1966, perisytiharan darurat ketika Rusuhan 13 Mei 1969 dan perisytiharan darurat di Kelantan pada tahun 1977.
“Akta Darurat ini pada asalnya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Namun selepas itu, kerajaan yang berpembagaan kembali mentadbir.
“Persoalannya, mengapa kerajaan masih tidak menarik balik undang-undang ini? Kita telah melihat sebelum ini banyak rejim yang menggunakan Akta Darurat untuk menyekat suara rakyat,” kata Izzah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular