23/12/2010
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memaklumkan bahawa di Tenang terdapat tiga kawasan Felda iaitu Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang merupakan kawasan felda terawal di negeri Johor merupakan antara felda yang paling mundur antara 317 Felda di seluruh negara.
Hampir keseluruhan kawasan felda diseluruh negara menghadapi masalah penyelewengan dan salah urus tadbir felda termasuk di Tenang. Antara isunya ialah Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG), isu tanam semula, ada peneroka yang tidak berpuas hati dengan soal potongan tanaman, pengendalian kebun, tahap belia dan suara anak muda yang tidak didengari