Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 25, 2010

Gabranya PM Pasola & Menteri Sembam!

Assalamualikum wmbk,
Maka menteri sembam@TPM pun memperlekeh-lekeh program '100 hari' di Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini di Kepala Batas. Dia berkokok seperti Menteri Perdana pasola konon itu hanya janji kosong,yang tidak akan dapat ditunaikan. Merujuk pembaharuan PR jika berjaya menguasai kerajaan pusat. PR tiada pengalaman mentadbir dan mengurus peringkat negeri dan negara .
Katanya lagi mereka boleh janji apa saja dan seperti sudah tahu  PRU-13 sudah dekat maka mahu memancing undi dengan berbagai 'tawaran' seperti musim jualan murah!
Dia perlekeh juga janji PR untuk mansuh ISA, kurang subsidi pada sektor swasta dan RM500 sebulan kenaikan gaji para pendidik, tambahan royalti minyak sebanyak 20% untuk Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
Katanya ini akan bankrupkan negara dan membebankan kerajaan dengan lebihan RM2.4 bilion setahun, tapi mangkuk ini lupa segala juta dan bilion yang dilingkup, lesap dan faraidkan oleh regim umno@apco-bn seperti skandal MAS, projek kantoi Bakun, PKFZ, Meenara Warisan yang akan menelan berbilion ringgit, subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), sidang Kemuncak Wanita Pertama yang menghanguskan RM4.5 juta oleh  konon 'wanita pertama' Losmah !
Penyelewengan agensi pelancongan Malaysia, penyelewengan perbelanjaan dalam kementerian sukan negara, banyak projek gajah putih juga banyak selengaraan yang tidak telus dalam kontrak-kontrak pintar tipu, sehingga bumbung Parlimen pun boleh bocor, bumbung stadium pun boleh runtuh dan banyak lagi kisah-kisah pelingkupan umno@apco-bn menerusi syarikat kroni juga sanak-saudara.
Mungkin dalam memperlekeh PR dia membutakan mata dan fakta, termasuk pecacai-pecacai nombor satu umco media aliran perdana baik cetak atau elektronik yang melenyapkan segala berita-berita penyelewengan dan kelentongan baik yang dilaporkan atau yang dibakulsampahkan.
Lebih menyedihkan lagi berita benar dan dilaporkan termasuk kepada SPRM senyap semacam, tapi yang fitnah dan bohong disebar-luaskan semahu-mahunya contoh mudah konon kerajaan Pulau Pinang guna wang haram untuk warga emas, seleweng dan musnahkan kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang, menyekat Perarakan Maulidul Rasul, menyekat pasar Ramadhan di Komtar dan banyak lagi fitnah bodoh.
Kata simangkuk sebam lagi hanya kerajaan umno@apco-bn sahaja yang layak perintah kerana ada banyak pengalaman tapi sebenarnya pengalaman menipu dan menyeleweng, rasuah, kronisma dan berbagai kebejatan yang banyak menonjol dari kebaikan.
Tiada makna lama memerintah dengan banyak membinasakan harta negara dan rakyat, selewengan mega yang tidak terhingga, memporak-perandakan negeri-negeri di bawah PR dengan berbagai pengkhianatan seperti melantik pegawai-pegawai pembodek di peringkat negeri, lantikan JKKK yang jadi lembu cucuk hidung, seperti kerajaan di dalam kerajaan di negeri-negeri PR !
Terlampau berpengalaman hingga sanggup meliwat sistem perundangan negara dan kehakiman, melingkupkan banyak tanah Reserve Melayu, sampai ada banyak kehilangan hak, tanah KTM termasuk pulau seperti Batu Putih dan kini Tanjung Pagar.
Di Johor kerja bodoh oleh mangkuk berpengalaman konon dengan perjanjian air dengan Singapura seperti orang dayus atau penakut! Adakah satu perjanjian di mana pembelian air dirawat dari Singapura pada harga 50 sen setiap 1000 gelen, yang jumlah isipadu yang dibeli tidak boleh melebihi 12% dari jumlah air mentah yang dijual pada Singapura, apa punya turrr !
Boleh jadi pada lembu dan kerbau ini semua boleh dikelentong atau dengan sehelai kain pelikat tapi rakyat kini bukan buta perut, mata, minda dan hati tapi sudah lama boleh menilai bagaimana pentadbiran umno@apco-bn sehingga dewan Parlimen yang mulia pun jadi macam kandang kerbau!
Segala kenyataan sang menterinya macam budak tadika atau terencat akal cukup dengan kebiadapan yang terlampau, lagak samseng jalanan. Khianatnya umno@apco-bn menyebabkan terpaksa berlindung dengan slogan popular perkauman membela 'hak istimewa dan ketuanan Melayu' di samping konon membela raja-raja dan Islam dari dipertikaikan !
Semua kenyataan dari pemimpin PR diputar sekerat-kerat atau di'spin' agar jadi fitnah besar oleh sang kerbau media perdana cetak dan elektronik, punya mahu tunjuk ke'ampu'an yang kuat hingga hilang harga diri dan etika kewartawanan, tanpa maruah dan hipokrit bagaimana mereka mengaku sebagai orang Islam !
Tapi Allah Maha Kuasa, walau mereka angkuh dan riak dengan kuasa di tangan, segala fitnah dan kedajalan tidak menjadi. Fitnah ke atas MB Kelantan TGNA konon rasuah naik haji ditolak SPRM, kes lembu MB Selangor pun sama, kini anak toyol pula dikerbau hitamkan demi menutup sedikit kemaluan!
Kita mahu lihat bagaimana menteri sebam ini yang konon pandai memulihkan segala kebejatan yang sekian tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara (KAN) tapi tiada apa yang berlaku atau tindakan susulan, macam bercakap dengan monyet yang tidak mengerti apa yang KAN cakap, mana dia transparensi dan cogan kata 'rakyat didahlukan' dan 'pencapaian diutamakan' sedangkan rakyat dikelentong saban hari! Dalam menjanjikan tiada kenaikan harga petrol dalam tahun ini tiba-tiba senyap-senyap tercanak naik petrol, naik harga gula dan lain-lain lagi.
Inilah akibat terlalu pandai mentadbir negara oleh umno@apco-bn! Kini ada lagi akta mahu diluluskan pula untuk kroni merembat mungkin iaitu di JPJ akan diperkenalkan pelaksanaan sistem AES yang boleh disifatkan sebagai saman ekor cara baru!
Mereka sanggup berbohong demi menjaga dari kehilangan kuasa pemerintahan untuk mengekalkan kekebalan dari didakwa dan tembolok para ahli dan kroni, berbagai 'lobang' buat duit yang tidak terhingga dari hilang, matlamat menghalalkan cara!
Dengan memperlembukan berbagai agensi, jentera dan badan kerajaan termasuk perundangan maka mereka bermaharajagila sesuka hati untuk matlamat busuk/dengki mereka, takut kebenaran timbul maka segala protes, kenyataan, rayuan rakyat marhaen disekat, dirembat dan dihujani dengan pancutan air asid jika tidak penendang oleh FRU PDRM !
Rakyat marhaen sengsara dengan segala gejala penyelewengan dan kenaikan harga barangan harian tapi sang menteri tidak payah bersusah memikir bagaimana mahu menyuap untuk hari esok! Semua dirembat percuma atas keringat rakyat. Inikah yang dikatakan 'Rakyat diutamakan'?
Kini masa untuk perubahan dalam menyambut tahun baru Islam baru-baru ini maka perlu juga menukar tampuk kerajaan dari kebejatan kepada kerajaan yang telus dan adil
Moga PRU-13 yang menjelang akan ada pembaharuan dari menyokong sang menteri-menteri korup, sebam dan kuat kelentong demi kocek dan tembolok!
Allahu Akhbar !
jingoza
Sabtu, 19 Muharram 1432 H
25 Disember 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular