Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 24, 2010

Menjelang PRU ke-13 : Portal Malaysiakini Sasaran Penggodam

Oleh: Pria Malaya


Petanda puak2 gerombolan sudah takut dan gentar..tidak berani berdepan secara jantan...ini juga petanda pengaruh portal Malaysiakini dan juga jaringan maklumat alternatif yang lain mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat...

Sementara media pro-kerajaan semakin tidak laku dan diboikot rakyat..bukan penulis yang kata, tetapi blogger fanatik Umno sendiri yang akui..

Boleh baca dlm blog 'blogtamingsari.blogspot.com' pada tajuk, "Bahayanya Jika Sentimen Memboikot Media Arus Perdana Diperhebatkan"..fikir2kan...wallahua'lam...

Terkini, laman web Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran penggodam.


Penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Turkmenkagan ini meninggalkan ucapan terima kasih dalam bahasa Turki berserta dengan slogan-slogan yang memegahkan diri mereka sebagai rakyat negara tersebut - terjemahan menggunakan google translate.



Ketika post ini di hantar, link ke laman tersebut iaitu http://pwp.malaysiakini.com/index.php.hack masih boleh diakses pengguna.

Penggodam telah menukar index.php sub-domain pwp yang terdapat dalam server Malaysiakini kepada index.php.hack yang turut memasukkan gambar yang dipercayai simbol negara Turki. Walaubagaimanapun, image yang dihost dilaman imageshake.us itu telah telah dipadamkan.



Tindakan penggodam mengubah nama index.php kepada index.php.hack telah menyebabkan kandungan fail dalam folder pwp terdedah. Berdasarkan kepada senarai fail dan forder, sub domain tersebut digunakan untuk menghantar newsletter secara berkala kepada pelanggan Malaysiakini.



Senarai fail-fail yang terdapat dalam folder ini adalah merupakan dokumen sulit yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada orang lain. Sebagai contoh, fail senarai nama dan email lebih daripada 2000 orang pelanggan Malaysiakini turut berada dalam folder tersebut. Senarai email dan nama besar yang terdapat dalam fail tersebut dengan mudah boleh disalahgunakan.

Sumber: TKO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular