24/12/2010
Kita pernah mendengar “Rakan Masjid” eh… betulkah ada “Rakan Masjid” atau ianya telah berkubur? ‘Wayang kulit’ Umno untuk meraih simpati sedikit waktu dulu tidak berhasil kerana ianya dibuat bukan atas dasar takwa dan patuh kepada Allah.
Inilah yang terhasil apabila di Masjid Tenang sendiri sukar untuk mencari orang muda yang sanggup berbakti kepada Masjid, Rumah Allah. Keindahan masjid Tenang hanya untuk tatapan mata, masjid akan penuh apabila ada acara tertentu diadakan.
Orang muda menjauhi masjid, adalah satu gambaran yang amat teruk berlaku di negeri-negeri pantai barat berbanding di negeri-negeri yang Pantai Timur dan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, anak muda mendekati Masjid kerana Pakatan Rakyat sentiasa menghidupkan Masjid dengan aktiviti-aktiviti ilmu. Menyiram iman dan menyuburkan akidah agar umat Islam kembali kepada fitrah dan tuntutan Allah. Semuanya ini tidak berlaku dinegeri yang diperintah oleh Umno Barisan Nasional yang sentiasa mendidik rakyat dengan wang dan rasuah.