Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 24, 2010

Harga Minyak : UMNO/BN menipu lagi..


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan yang tidak rasional apabila mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak hingga mencetuskan kenaikan harga barang keperluan harian dan membebankan rakyat terbanyak.

minyak21
Alasan yang diberi untuk merasionalkan kenaikan harga minyak ialah, ianya bukan kenaikan tetapi penyelarasan, mengelak penyeludupan minyak ke negara jiran, harga minyak lebih murah dari Singapura dan Thailand, subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam dan naik lima sen seliter sahaja.

Berikut cuba lihat perbandingan harga minyak antara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak dunia.


United Arab Emirates ~ RM1.22/liter

Bahrain ~ RM0.89/liter

Qatar ~ RM0.72/liter

Kuwait ~ RM0.69/liter

Libya ~ RM0.46/liter

Arab Saudi ~ RM0.39/liter

Iran ~ RM0.36/liter

Nigeria ~ RM0.33/liter

Turkmenistan ~ RM0.26/liter

Venezuela ~ RM0.16/liter

MALAYSIA (RON95) ~ RM1.90/liter

Jika BN terus memerintah negara, subsidi minyak, gas, tepung, gula dan barangan keperluan lain terpaksa dikurangkan bagi mengelak negara jatuh bankrap pada 2019. (sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala).

- Harakah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular