Sukarelawan tersebut membantu penduduk membersih kawasan sekitar dengan mengutip sampah dan membersihkan longkang pangsapuri tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, sikap kerjasama yang ditonjolkan kesemua sukarelawan dan penduduk bersama-sama membersihkan longkang dan mengutip sampah adalah sebagai langkah awal pencegahan pembiakan nyamuk dan menjaga persekitaran pangsapuri itu.
“Walaupun pengsapuri tersebut bukanlah antara kawasan panas demam denggi, namun kita mengambil langkah pencegahan menghindarinya.“ Meskipun gotong-royong diadakan, penduduk perlu mengubah mentaliti supaya tidak membuang sampah merata-rata di pangsapuri mereka,” ujar Hannah.
60 sukarelawan yang hadir merupakan komuniti dari Baptist Church Sunway, Subang Jaya dan Assembly of God dan turut mendapat kerjasama Alam Flora serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Subang Jaya.
Tambah Hannah, beliau turut dimaklumkan penduduk di situ bahawa terdapat penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dari tingkat atas pangsapuri berkenaan.
Tegasnya, sikap tersebut harus diubah dan kesedaran harus dipupuk bagi mengekalkan kebersihan untuk keselesaan bersama.
Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, Roslan Shahir Mohd Shahir
Roslan berkata, aktiviti gotong royong berkenaan bakal diteruskan dimasa akan datang dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).