Oleh: Pria Malaya
Dengan kuasa Allah, akhirnya terpacul juga dari mulut pemimpin Umno sendiri bahawa Ummo adalah PUNCA tanah Melayu di Pulau Pinang telah terhakis dan tergadai!..
Sungguh aib, terhina lagi memalukan tatkala media ampu kerajaan saban hari menuding jari ke arah DAP dan Pakatan Rakyat kononnya sejak diambilalih PR, Melayu semakin layu dan hampir pupus...sebelum itu Melayu kononnya cukup perkasa dan gagah di Pulau Mutiara itu...(ceh)
Sesungguhnya, rakyat telah sedia maklum bagaimana keadaan Melayu ketika Umno dan BN bermaharajalela di Pulau Pinang sebelum ini...bagaimana nasib Melayu dan Islam di Pulau Pinang semasa Umno/BN berkuasa...ternyata, keadaan Melayu ketika itu amat nazak, sedih dan memalukan..
Kerana itu kita tidak pelik pemimpin2 Umno negeri kerap kali menolak dan tidak berani berdebat isu Melayu Pulau Pinang dengan pemimpin2 Pakatan hatta dengan pemimpin DAP, kerana mereka tahu, Umno adalah punca Melayu hina dan 'kecundang' di bumi sendiri..
Akhir kalam, bagi sesiapa yg belum melihat mahligai2 pemimpin Umno Pulau Pinang..apa kata korang lihat kat SINI...kepada blogger fanatik Umno, sila jawab artikel penulis ini..penulis tunggu kalian...wallahua'lam...
Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.
(Sekadar gambar hiasan..)
"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.
Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.
"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.
Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel. - Harakdaily