Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 24, 2010

Isu kuil: Contoh Umno bermuka-muka bela Melayu dan Islam



Oleh: Pria Malaya


Berdasarkan laporan Malaysiakini pada tajuk, "MIC bantah larangan bina kuil di kawasan Islam"...

Penulis tidak berhajat mengulas bantahan MIC dlm isu ini..penulis ingin mengajak kalian 'membaca' berita ini dari sudut yang berbeza..

Umno juara bela Melayu?

Jikalau kalian masih ingat, dalam isu kuil dan rumah ibadat non-muslim di Selangor suatu ketika dahulu, Umno dan PERKASA adalah antara kumpulan Melayu yang begitu 'sensitif' dengan isu ini (konon2nya la)...

Merekalah antara kumpulan rasis Melayu yang berdegar2 menentang dasar dan keputusan kerajaan negeri suatu ketika dahulu..mereka inilah yang berarak membawa kepala lembu, berdemontrasi, memakihamun, mencarut, menghantar memorandom dan lain2 sebagai tanda bantahan...

Kali ini, bila terdengar berita kerajaan Selangor mengawal rumah ibadat non-muslim di kampung2 Melayu Islam di Selangor, dimana mereka puak2 Melayu rasis ini? dimana kenyataan rasmi mereka menyokong dan membela tindakan kerajaan negeri?

Hipokrit dan Munafik...

Tidak ada....yang ada, suara MIC dan presidennya Samy Vellu membantah dan mempertikaikan dasar kerajaan negeri..dan ketika ini tiada satu pun suara pimpinan tertinggi Umno dan PERKASA yg menyokong kerajaan negeri dalam masa yg sama mengutuk dan menghentam rakannya parti MIC..nehi..

Ternyata selama ini Umno dan PERKASA bukanlah jujur dalam membela Melayu dan Islam..selama ini mereka hanyalah bersandiwara dan berlakon di depan media..segala tindak-tanduk mereka rupanya hanyalah untuk tujuan politik sempit mereka, tidak lebih dari itu..korang fikirlah sendiri...

Untuk yg terakhirnya, penulis mengajak kalian membaca artikel penulis terdahulu, berkaitan SANDIWARA antara Umno dan parti2 komponen BN dalam memanipulasi sesuatu isu dengan membangkitkan isu perkauman, boleh baca di SINI..wallahua'lam..

p/s: TERBARU dari Pejabat Menteri Besar Selangor isu rumah ibadat

MB: Laporan larang bina rumah ibadah tidak tepat

Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa laporan yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan petang ini, ia menegaskan bahawa kerajaan negeri prihatin keperluan membina tempat-tempat ibadat secara terperancang.

Berikut adalah kenyataan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor:

Terdapat beberapa versi laporan berhubung jawapan yang diberikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu pembinaan kuil ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ibrahim Sani pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

Kerajaan Negeri Selangor ingin menjelaskan pendirian mengenai pembinaan kuil dan rumah ibadat lain iaitu

- Pembinaan tempat-tempat beribadat harus dibuat secara terancang dan mengikut garis panduan kerajaan demi memastikan kepuasan semua pihak yang terlibat

- Projek perumahan baru yang bakal dibina di Selangor diwajibkan mengambil kira kewujudan kuil dan rumah ibadat lain yang sudah wujud di kawasan tapak atau kawasan berdekatan tapak pembinaan

Sekiranya pihak pemaju gagal mengambil kira rumah-rumah ibadat yang sudah wujud berdekatan dengan tapak pembangunan atau sekurang-kurangnya menyediakan rancangan rapi untuk pemindahan rumah ibadat tersebut yang dipersetujui semua pihak terlibat, kelulusan untuk membina tidak akan diberi.

Sejak Julai 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan 30 geran tanah kepada kuil Hindu manakala 15 lagi masih menunggu kelulusan Exco untuk diwartakan.

Permohonan bagi membina rumah ibadat perlu diperhalusi melalui kajian mendalam dan setiap kelulusan yang dibuat tertakluk kepada kekosongan tanah, kesesuaian lokasi dan keperluan penduduk setempat.

Laporan media yang mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat.

Pegawai Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar bertugas sepanjang DNS berlangsung dan sedia memberi penjelasan jika terdapat sebarang kekeliruan. - Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular