24/12/2010
Pakatan Rakyat (PR) memastikan perjalanan PRK yang berlangsung di DUN Tenang kali ini berjalan dengan lancar. Sejarah menunjukkan 14 kali PRK yang telah berlangsung mengandugi peristiwa hitam yang mencalar proses demokrasi yang sedang berjalan.
Jika dilihat kepada PRK yang lepas, ianya tidak berlaku di kubu Umno, namun berlainan sekali di Tenang, kerana Johor dikatakan kubu Umno dan lahirnya Umno, sudah barang pasti Umno akan menggunakan segala kekuatan jentera kerajaan untuk memastikan kemenangan memihak kepadanya.
Maksud yang tersirat Umno itu jelas dari ucapan Ahmad Maslan tempoh hari yang menjanjikan majoriti BN 5 ribu yang menunjukkan ada usaha untuk menunjukkan kekuatan Umno disaat Barisan Nasional sedang kelemasan.Selain dari penyalahgunaan agensi kerajaan, BN juga akan mengumpan anak-anak muda yang setiap malam minggu berpeleseran merempit disepanjang jalan Segamat – Labis dengan habuan wang ringgit untuk melakukan sabotaj keatas program-program PR, malahan ada sekelompok anak muda yang akan mengenakan pakaian ala-ala PR (parti yg bertanding) untuk mencalar imej parti gabungan PR itu.
Kita akan dapat menyaksikan rupa sebenar Barisan Nasional dan Umno di Tenang kerana dipercayai Umno akan menunjukan wajah sebenarnya semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat diluar Johor bahawa Umno masih kuat, dengan apa cara sekali pun untuk merealisasikan impian Ahmad Maslan iaitu memperolehi majoriti undi 5 ribu atau lebih.