Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 24, 2010

Tindakan Selangor halang guna logo 1 Malaysia canggah Perlembagaan?


from Anak Sungai Derhaka 

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dan beliau menegaskan lambang 1Malaysia itu bukanlah lambang parti politik.

Haaa.. korang tengok, bila sesuatu isu itu melibatkan kepentingan UMNO/BN maka mereka akan merujuk kepada perlembagaan.

Memang mengikut Perkara 10 di dalam Perlembagaan Persekutuan, kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan tapi adakah kita yang menyokong Pakatan Rakyat merasainya selama ini?

Apabila kita berkumpul secara aman dan tidak bersenjata, hak kita sering dinafikan oleh Polis yang menerima arahan dari kerajaan UMNO/BN.

Tapi yang aku musykil ialah bila Rais Yatim berkata larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sedangkan kalau korang baca Perkara 10 yang aku pastekan dibawah tak adalah pulak disebut menjadi kesalahan kalau menolak lambang 1Malaysia Najib tu..

Jika dikata tindakan Selangor itu bercanggah dengan kebenaran yang diberikan oleh perlembagaan iaitu “memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan”.. sejak bila pulak 1Malaysia tu menjadi pertubuhan?

Jika lambang 1Malaysia itu dikatakan bukanlah lambang parti politik atau mewakili parti politik, habis tu lambang apa?


PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a)tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b)semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata
(c)semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.


Berita Berkaitan..

Larangan Selangor guna logo 1 Malaysia canggah Perlembagaan

SANDAKAN, 23 Dis – Larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini hari ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik.

Katanya kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor itu membuat keputusan tersebut kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu.

Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan tersebut.

Rais berkata lambang 1 Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan.

Bernama

ISU BERKAITAN ( SINI )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular