Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 23, 2010

"DAP pertahankan ISLAM agama rasmi negara" - Karpal (+video)

Pada tahun 1990 dahulu politikus veteran DAP, Karpal Singh menggemparkan negara ini dengan kenyataan "Langkah mayat saya dulu jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Islam!" Kenyataan Karpal telah dijadikan senjata paling ampuh oleh pelbagai pihak dalam kerajaan BN untuk melaga-lagakan parti pembangkang khususnya PAS dan DAP.





Namun peredaran masa dan suasana politik telah mengubah tanggapan dan pendirian Karpal Singh. Beliau menganggap apa yang pernah menjadi tajuk utama media arus perdana dua dekad lampau kini sudah tidak lagi relevan dengan senario politik semasa. Berita ini amat menyenakkan parti pemerintah BN. Umno sudah tidak lagi dapat mempermainkan isu Agama Islam untuk melaga-lagakan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dilihat semakin diterima rakyat.
Blogger Pria Malaya menelusuri isu ini secara komprehensif dan sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab ke arah kesejahteraan agama dan negara, wajar kita sama-sama berkongsi maklumat penting ini sebagai persediaan menghadapi PRU ke-13. Video ucapan Karpal disertakan di akhir artikel.
 Oleh: Pria Malaya


Jika Umno mengambil pendirian utk menjauhkan diri dan memusuhi DAP selama-lamanya, PAS perlu cuba dekati dalam konteks tahalluf siyasi, pada masa yang sama sebarkan dakwah dan terbiah...

Penulis tidak dapat bayangkan jika semua parti dan organisasi menjauhkan diri daripada DAP, sebuah parti yang dianggotai majoriti rakyat non-Muslim... sudah pastilah yang tidak faham Islam semakin jahil mengenai Islam, yang takutkan Islam semakin menjauhi Islam, yang berfikiran buruk mengenai Islam akan menentang Islam... Perkauman dan pertelingkahan kaum menyerlah, usaha dakwah pula terbantut dan tersekat..

Ingat, mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia, dan tugas kita untuk berdakwah kepada mereka... Tunjukkan Islam agama yang sempurna dan terbaik..


(Penyokong fanatik Umno lebih gemar menyerang DAP berbanding MCA, walaupun jelas pendirian MCA terhadap agama Islam jauh lebih bahaya dari DAP..terbukti ketuanan Melayu gagal untuk menyelamatkan Islam..tetapi percayalah, Melayu akan hebat apabila Islam dihebatkan terlebih dahulu...)

Hari ini, tanggapan sebahagian mereka mengenai Islam mulai positif, bahkan Kelab Penyokong PAS dari India mengatakan pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang adil dan terbaik..(klik)..

Penulis berharap, MCA dan Chua Soi Lek tidak menghasut orang-orang Cina supaya menolak Pakatan Rakyat atas isu negara Islam ini, seperti lazim mereka lakukan..klik di SINI utk baca..

Bak kata Lim Guan Eng, "Umno kata, PAS diperkudakan DAP manakala MCA pula kata, DAP diperalatkan PAS. Yang sebenarnya, kita hanya diperalatkan oleh rakyat," kata Lim Guan Eng

Semoga umno dapat mentarbiah pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang semakin lantang mempertikaikan Melayu dan Islam.. jangan hipokrit dalam perjuangan.. fikir-fikirkan.. wallahua'lam..


1. Isu negara Islam

Versi TMI:
Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Versi mStar Online:
DAP berikrar akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dengan syarat PAS turut mempertahankan hak penganut agamalain.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PAS perlu 'beri muka' kepada parti itu memandangkan DAP sedia mempertahankan hak Islam di negara ini habis-habisan.



"Islam adalah perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah agama rasmi di negara kita... DAP akan pertahankan habis-habisan tapi dengan syarat hak bukan Islam untuk beragama harus ada.
Versi Malaysiakini:
Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.
2. Kenyataan 'Over my dead body' disalah tafsir

Versi mStar Online:
Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Bagaimanapun menurut Karpal, kini beliau sedar bahawa kenyataannya 20 tahun lalu sudah tidak releven.



"Perkara ini (isu Islam)boleh dibincangkan dengan baik, saya tak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu ini lagi.

"Kita boleh bincang dengan baik... saya sedia berbincang dengan Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) dan Tuan Guru (Abdul) Hadi (Awang)... ia perlu dibincang dengan segara," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.
Versi TMI:
"Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan rakyat agama lain juga ada hak"

"Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam tetapi yang ini boleh dibincangkan saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini, ini boleh dibincang, dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi Awang," kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera kena dipercepatkan ” kata Karpal lagi.
3. Puji PAS parti yang paling berdisiplin
DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.


“PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri. DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti),” katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini.

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.
4. Iktiraf Anwar teraju Pakatan Rakyat Malaysia

Versi Malaysiakini:
“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.
Versi TMI:
Dalam ucapannya Karpal juga berkata Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya membentuk kerajaan persekutuan tanpa Anwar ” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar yang menurutnya merupakan satu fitnah Sehubungan itu Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat PKR baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

“Saya ada beri Anwar amaran bukan nasihat tetapi dia tak dengar ” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini.

Oleh itu kata Karpal Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PENUTUP
Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata,
beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu.

Pria Malaya (disemak & disunting oleh BlogMaster M@RHAEN)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular