Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 24, 2010

Tok Najib kerap balik Makasar, Indon, Che Det pun balik Kerala jugak


Lawatan peribadi atau balik berjumpa sanak saudara yang sudah lama ditinggalkan ni??

Kena berkenalanlah supaya senang nak berhijrah jika PR benar-benar menakluki Putrajaya selepas PRU13 nanti..

Dia juga akan betemu Shah Rukh Khan.. err.. aku rasa yang ni Rosmah pasti murka.
.

from Laksamana Bukit Bintang 

 Dr M tetamu kehormat Shah Rukh Khan   

Apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Shah Rukh Khan.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, akan tiba di pusat kewangan India hari ini, dan Shah Rukh Khan akan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu.

"Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai).

"Beliau lebih merupakan seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni ialah My Name is Khan," kata Dr Mahathir.

Shah Rukh Khan dijangka menganjurkan jamuan teh istimewa untuk meraikan pasangan itu di kediamannya di Mumbai pada Hari Krismas.

Sepanjang lawatan dua hari beliau ke Mumbai, Dr Mahathir dijadual melawat ke Yash Raj Film Studio - iaitu studio filem terulung India.

Dr Mahathir adalah tokoh kedua bertemu Shah Rukh Khan dalam tempoh kurang dari seminggu, selepas Presiden Rusia Dmitry Medvedev mengadakan perjumpaan dengan aktor berkenaan di Mumbai pada Rabu lepas.

Medvedev melakukan lawatan rasmi ke India minggu lepas.

Konsul Besar Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah juga akan meraikan kunjungan kenamaan itu dalam majlis jamuan malam.

Dr Mahathir akan menamatkan lawatannya ke India dengan mengunjungi Kerala selepas Mumbai.


Pada Khamis, beliau bertemu Perdana Menteri India Manmohan Singh di Delhi.

- Bernama



Najib Pulang Kampung 

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTLQislcVJIflUEpU5xNA3SNHzDZOtH6FdGk6Sca0_4m8PsCwxQ-PAjqRrzSg MAKASSAR.  Meski telah menjadi Perdana Menteri Malaysia, Mohammad Najib Tun Abdul Razak tidak melupakan fakta bahwa dia adalah keturunan raja Gowa dari Sulawesi Selatan (Sulsel). Untuk itu, Najib berkunjung ke Gowa, Jumat (15/5), setelah menghadiri World Ocean Conference (WOC) di Manado, Sulawesi Utara.

"Saya bukan melawat, tapi saya kembali sebagai pahlawan Gowa," tutur Najib.Darah Makassar yang mengalir dalam diri Najib berasal dari kakeknya, Raja Gowa ke-19, Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Jalil. Keturunan Sultan Abdul Jalil merantau ke Pahang, Malaysia, sejak 722 dan menjadi syahbandar di sana. Kakeknya itu merupakan cucu Sultan Hasanuddin, seorang pahlawan nasional.

Kunjungan sehari Najib ke Gowa merupakan kunjungan balasan atas lawatan Gubernur Sulsel Syahrul Yasin Limpo dan Bupati Gowa, Ichsan Yasin Limpo, beberapa hari lalu. Anak-anak sekolah berdiri di sepanjang jalan yang dilaluinya rombongan Najib sambil melambaikan bendera Indonesia dan Malaysia berukuran kecil.

Begitu tiba di Gowa, putra mantan PM Tun Abdul Razak ini langsung menuju kompleks makam raja-raja Gowa. Rombongan Najib berjumlah 28 orang, termasuk Datin Sri Rosma Mansyur, istrinya, serta anaknya, Gina dan Ashman bin Muhammad Najib bin Razak.

Di makam itu, Najib meletakkan karangan bunga di makam Sultan Hasanuddin dan makam Sobata Mappadulung Daeng Mating Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Djalil. Turut pula dalam rombongan itu Duta Besar Indonesia untuk Malaysia, Dai Bachtiar, dan Duta Besar Malaysia untuk Indonesia, Datuk Zainal Abidin Zein.

Najib berjanji akan menjalin kerja sama dengan Sulsel maupun Gowa dalam berbagai bidang. "Saya dengar kopi terbaik berasal dari sini, demikian pula beras, jagung, dan sapi. Saya akan perintahkan Menteri Pertanian untuk ke sini dan jalin kerja sama di sektor perdagangan maupun pertanian," katanya.

koran-jakarta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular