Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 25, 2010

Mazlan Aliman : BAPA akan bela peserta Lecra bermasalah


by HAM LIM

18 Muharram 1432H.

TAIPING, 24 Dis.:-Pelancaran ini ada satu badan untuk peserta Felcra mengajukan masalah mereka yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan yang diperlakukan seperti hamba. Demikian Ucapan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Sdr. Mazlan bin Aliman dalam Perasmian Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA)di Markaz Tarbiyah PAS Perak Ayer Kuning disini petang ini.Menurutnya juga Felcra adalah agensi pembangunan tanah yang terbesar selepas felda. Namun apabila badan ini dikoperatkan didapati peserta menjadi semakin miskin dari sebelumnya sedangkan orang tertentu dan kroni yang menjadikan kontraktor menjadi kaya raya.

Katanya lagi Akta GSA memperuntukkan tanah untuk individu tetapi untuk Felcra tanah dikelola oleh satu koperasi, sekiranya koperasinya pincang maka kuranglah pendapatan. malah ada kalangan peserta setahun tidak mendapat apa apa dividen.

Mazlan juga mendedahkan 226,000 hektar dibawah Felcra yang cukup luas, namun yang menjadi persoalannya adakah felcra berjaya mengeluarkan pesertanya dari garis kemiskinan.

"Malam tadi di Johon, 58 orang mengisi borang ANAK, hanya 5 orang ahli PAS semasa pelacaran di satu felda " Katanya.

Ada pendedahan seorang peserta Felda yang ada 18 ekar tanah yang diuruskan oleh Felda pendapatannya hanya RM 82 sebulan . Bila usaha anak peneroka itu ambil balik untuk urus sendiri, Felda mendakwa peneroka itu ada berhutang lebih RM 70,000.

"Yang urus tanah itu bukan Ah Chong, bukan Ramasami tetapi mereka itu adalah bapa pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri" tegas nya.

"Kerana itu peneroka Felda sudah mencapai jumlah 4000 orang nak saman Felda." Dedahnya..

Mazlan juga mendedahkan tidak kurang dalam RM 20 juta ringgit yang diperolihi oleh Felda sebulan dengan menipu peneroka dengan penipuan felda terhadap nilai perahan buah kelapa sawit.

"Sebab itu saya jadi loya dan termuntah bila dengar pemimpin UMNO bercakap nak bela orang Melayu" Tegasnya.

Mazlan juga sifakkan satu kejayaan dengan kehadiran lebih 300 orang peserta dalam majlis perasmian BAPA pada hari ini.

Mazlan juga mendedahkan juga dalam DUN Tenang ada sebuah Felcra dan itu cabaran pertama bagi BAPA yang dilancarkan hari ini.

"Sekiranya ada lonjakan undi orang Cina dari 55 pratus kepada 65 pratus dan ada lonjakan dari peneroka Felcra dan Felda, Insyaallah kita akan membuat kejutan di DUN Johor" Jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular