TERBARU: Statistik kadar pengangguran: Kelantan paling rendah, Sabah paling parah!
Oleh: Pria Malaya
Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPN) menunjukkan negeri Kelantan berada pada tahap paling rendah kadar penganggurannya berbanding negeri2 lain...
Sementara negeri di bawah jajahan takluk Umno/BN selama berpuluh tahun, iaitu Sabah dikelaskan sebagai antara negeri paling tinggi kadar penganggurannya...(rujuk gambar di atas)..
Kini, apa lagi yang boleh dibanggakan oleh 'rejim' Umno-Apco dan sekutu-sekutunya??..
Memetik kata-kata dari blogger 'malaysiawaves.com'...
nah terbukti kebenaran. Negeri yang tidak mementingkan projek2 gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya keraaan Kelantan telah menjalankan projek2 yang membantu peniaga2 kecil dan sederahana.Isu ini telah dahulunya dikupas oleh blogger 'amkns.blogspot.com'..menurutnya..
Kesannya, peniaga2 kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek2 membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga2 kecil dan sederhana.
Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90% dari syarikat2 yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan2 yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga2 kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan.
Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.Versi terbaru menurut Harakahdaily, boleh dibaca pada tajuk, "Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia"...
Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.
(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)
Sumber asal http://www.melaka.gov.my/userfiles/file/Kadar%20pengangguran%20Q1%202009.pdf
Nampaknya negeri yang sering diserang, diakambinghitam, di'diskriminasi', dituduh miskin, dihina dan dicaci oleh pemimpin dan penyokong Umno lebih baik dari negeri yang diperintah regim Umno..
Ini bermakna, segala doktrin, mitos dan dakyah kononnya hanya kerajaan Umno/BN sahaja yang layak dan boleh memerintah adalah andaian palsu semata-mata..terbukti sudah, negeri yang diperintah oleh pembangkang (PAS) juga mampu memerintah, bahkan lebih baik dari rejim Umno dan sekutunya...
Akhir kalam...benarlah bak kata orang, dimana Umno kuat, disitu rakyat merempat!!...fikir2kan...
Artikel berkaitan:
1. RAKYAT SABAH MISKIN BERTAGAR, LEBIH TERUK DARI MISKIN TEGAR (SabahKini)
2. 23 DALAM SETIAP 100 RAKYAT SABAH MISKIN DI BAWAH UMNO-BN
3. GAMBAR: Bukti Sabah terus MUNDUR di bawah pemerintahan kerajaan Umno/BN!