Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 25, 2010

MEMALUKAN: Indeks Demokrasi: Malaysia tercorot di belakang Namibia, Timor Leste!




Versi KeadilanDaily
Malaysia ketinggalan di belakang Namibia, Papua New Guinea dan Timor Leste dari segi perkembangan demokrasi, demikian dapatan satu indeks demokrasi yang dikeluarkan majalah bisnes antarabangsa, The Economist.

Kajian itu mengukur perkembangan atau pun kemerosotan demokrasi di negara-negara dunia dari tahun 2008 hingga 2010, berdasarkan lima kriteria utama iaitu suasana budaya politik, penyertaan politik, fungsi kerajaan, pluralisme dan proses pilihan raya, serta kebebasan sivil.Negara-negara yang diindekskan pula dikategorikan kepada negara-negara demokrasi penuh, demokrasi ‘cacat’, rejim campuran, dan rejim autoritarian.

Malaysia, yang tergolong dalam kategori negara yang mengamalkan demokrasi ‘cacat’ menduduki tangga ke-71 daripada 167 negara yang dikaji, turun tiga anak tangga berbanding dua tahun lalu.


(Demokrasi ala Umno: Kumpulan GAPS (gabungan Umno+PERKASA) bebas berdemo dan berarak 3 Disember lalu tanpa dihalang dan dikasari polis, namun kumpulan yg membantah air SYABAS diperlakukan sebaliknya..boleh rujuk di SINI...)

Malaysia juga tergolong dalam 36 negara yang mengalami kemerosotan dari segi kebebasan media bersama Fiji, Sri Lanka dan Thailand.

“Pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan sivil adalah syarat penting untuk demokrasi. Namun kedua-duanya tidak cukup untuk demokrasi penuh serta bersepadu seandainya ia tidak disokong oleh kerajaan yang cekap dan telus, penyertaan politik yang mencukupi serta budaya politik yang sihat.

“Membina budaya demokrasi yang kukuh bukan tugas yang mudah. Dalam negara yang telah lama mengamalkan demokrasi sekali pun, demokrasi akan pudar jika ia tidak dipelihara dan dipupuk.

“Pemusatan pemilikan media juga menjadi punca meningkatnya impak negatif dalam kepelbagaian pandangan dan kebebasan bersuara,” kata laporan tersebut.

Edisi penuh laporan tersebut boleh diperolehi dengan mendaftar di laman www.eiu.com

Versi MerdekaView

Indeks demokrasi: Malaysia jatuh 3 tangga, ke-71 di dunia

Malaysia jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 71 dalam indeks demokrasi, antara 167 negara di dunia ini, menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini. Daripada lima kateria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil, meskipun meningkat dari segi fungsi kerajaan.

Laporan indeks demokrasi yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit ini menunjukkan kemunduran demokrasi di merata dunia dari tahun 2008 hingga 2010. Negara Barat mahupun Timur mengalami impak dari faktor ekonomi, lantas negara diktator semakin sempit ruangnya, malah menunjukkan kecenderungan politik negatif yang semakin nyata berikutan krisis ekonomi.

Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.
Lima kategori yang dinilai termasuk proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengekalkan prestasi dalam kategori proses pilihan raya dan pluralisme (6.5) dan penyertaan politik (5.56).

Bagaimanapun, prestasi Malaysia meningkat dalam kategori Fungsi Kerajaan, melonjak dari 6.07 pada tahun 2008 kepada 6.79 pada tahun 2010. Tetapi, Malaysia jatuh dari segi budaya politik, 7.5 pada tahun 2008 kepada 6.25 pada tahun 2010. Kebebasan sivil juga memperlihatkan penurunan 0.3, dari 6.18 tahun 2008 kepada 5.88 pada tahun 2010.

Kebebasan media: Malaysia berundur

Apa yang menarik, laporan Economist Intelligence Unit menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah dari segi kebebasan media. Hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Langka dan Thailand, selain Malaysia.

Laporan menjelaskan faktor yang menjurus kepada pengunduran dari segi kebebasan media - banyak kerajaan yang merasakan dirinya tergugat akibat krisis kewangan tahun 2008, lantas mengetatkan kawalan media dan menyekat kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, kadar penggangguran yang meningkat pula menjuruskan sikap pengamal media untuk "lebih berwaspada", supaya tidak kehilangan kerjayanya.


(Mengapa parti Umno/BN tidak berani mengeluarkan media (akhbar) sendiri? kenapa perlu menzalimi harta rakyat dgn memperkuda media perdana?..ternyata Umno tidak layak bersuara ttg keadilan dan demokrasi..)

Tidak dinafikan juga bahawa trend pemusatan pemilikan media semakin ketara, dan membawa impak negatif kepada kemajmukan dan kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, negara diktator yang semakin kuat akan menyekat dan menekan media yang bebas. Lebih ketara, serangan terhadap pengamal media bebas juga semakin meningkat.

Negara Eropah Utara berada di depan

Negara yang tinggi indeks demokrasi-nya kebanyakannya tertumpu di Eropah Utara, dengan Norway pada kedudukan tertinggi, disusuli Iceland, Denmark dan Swedan. Negara lain yang berada dalam kedudukan 10 tertinggi di dunia termasuklah New Zealand (5), Australia (6), Finland (7), Switzerland (8), Kanada (9) dan Netherlands (10). Negara demokrasi terbesar kononnya, Amerika Syarikat berada pada tangga ke-17.

Antara negara Asia pula, Korea Selatan berada pada kedudukan tertinggi, iaitu ke-20, diikuti Jepun (22) dan Taiwan (36), yang juga jatuh tiga anak tangga seperti Malaysia. Di negara Asia Tenggara pula, Timor-Leste berada pada kedudukan tertinggi, meningkat lima tingkat dari 47 pada tahun 2008 kepada 42 pada tahun 2010.

Jika dibandingkan dengan negara jiran Malaysia pula, Thailand jatuh dari kedudukan 54 kepada 57, Indonesia pula meningkat secara mendadak dari 69 kepada 60; sementara Filipina melonjak dari 77 kepada 74, ketinggalan tiga anak tangga berbanding Malaysia. Singapura kekal pada kedudukan 82, dan tidak mengalami sebarang naik turun dalam setiap kategori yang dinilai.

Pengunduran demokrasi

Menurut laporan Economist Intelligence Unit, gelombang demokrasi global ketiga yang bermula sejak tahun 1974 mencapai kemuncaknya ketika runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Namun demikian, 167 buah negara di merata dunia mengalami democracy recession, yang dikatakan Larry Diamond dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Kini, situasi di seluruh dunia digambarkan sebagai "democracy retreat", malah laporan mendakwa krisis kewangan tahun 2008 menonjolkan lagi trend politik yang sudah begitu negatif pada asalnya.

Menurut perhitungan Economist Intelligence Unit, hanya 26 buah negara dianggap negara demokrasi yang sebenar, daripada 167 buah negara. Populasinya hanya 12.3% daripada populasi dunia. Terdapat 53 negara yang demokrasi tempang, dengan nisbah populasi 37.2%. 33 negara berada dalam keadaan campuran dengan nisbah populasi 14% dan 55 negara diktator, dengan populasi 36.5%.

Seandainya negara yang mengalami ketempangan dalam demokrasinya disenarai dalam kategori "negara demokrasi", maka hampir 50% populasi dunia masih berada dalam zon demokrasi. Namun, terdapat 2.5 bilion orang penduduk, iaitu lebih daripada satu pertiga umat bumi yang masih berada di bawah kuku besi diktator - sememangnya, negara China memberi sumbangan yang tidak kurang dalam hal ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular