Leong Khong | Dec 24, 2010 12:40:47 pm
![]() "Dong Zhi", perayaan tradisional Cina yang disambut dengan berkumpulnya semua anggota keluarga pada 22 Disember tersebut, membawa makna "semua anggota selamat dan kekal bersama". Namun, perayaan ini menambah kedukaan kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock, yang sudah dua tahun tidak menyambutnya, berikutan kematian Beng Hock pada 16 Julai 2009. "Ketika itu Najib hanya berkata, akan 'mempertimbangkan (cadangan memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja) sedalam-dalamnya'. Kini kami berharap orang awam menyokong hasrat kami untuk menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja yang lebih profesional dan berkecuali, untuk memaklumkan PM bahawa orang awam tidak lupa untuk mengetahui kebenaran," kata Teoh Lee Lan. Tandatangan Petisyen Selain itu, Teoh Lee Lan turut menyeru agar orang awam menurunkan tandatangan sebagai sokongan kepada kempen "Jangan dilupai, Tegakkan kebenaran". Kempen ini menyasarkan 100 ribu tandatangan untuk menggesa agar PM Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan serta-merta untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Petisyen ini juga boleh ditandatangani melalui laman internet. "Kami tidak berputus asa, seandainya tiada jawapan diberikan pada hari esok, kami akan datang lagi pada lusa, sehingga kami mengetahui punca sebenar Teoh Beng Hock mati di dalam (bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah)," tegasnya. *Leong Khong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. |