Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 25, 2010

Konsep 1 Malaysia bukan alat politik, kata Najib


Agak nya dia dah lupa .. petronas pernah di arah tukar warna logo... Melayu Mudah Lupa!!!!!


KUALA LUMPUR, 25 Dis — Konsep 1 Malaysia bukan alat politik Barisan Nasional (BN) tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara, tegas Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Perdana Menteri menggunakan perjumpaan sempena Hari Natal hari ini untuk mempertahankan konsep yang beliau perkenalkan tahun lalu ekoran keputusan kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan atas alasan ia alat politik dan bercanggah dengan peraturan pihak berkuasa tempatan.
“Perjumpaan-perjumpaan seperti ini adalah gambaran (konsep) 1 Malaysia di mana kita boleh berkumpul demi satu tujuan untuk memperlihatkan perpaduan dan (semangat) kekitaan,” kata beliau pada majlis jamuan teh sempena Hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di sini hari ini.

“Walaupun ada yang beranggapan bahawa ia (konsep 1 Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi sebenarnya ia bagi tujuan pembinaan negara.

“Ia untuk kita bersama dan merasakan bahawa kita milik sebuah negara, satu bangsa dengan satu visi dan bagi kita bergerak bersama untuk membangunkan negara abad ke-21 yang benar-benar makmur, harmoni dan berjaya, demi semua rakyat Malaysia,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Najib berkata, agama mengajar setiap orang agar mengamalkan toleransi dan menghormati kepercayaan dan amalan-amalan penganut agama lain.

“Dalam masyarakat pelbagai kaum, kita mesti secara konsisten mengingatkan diri kita tentang nilai yang menyatukan kita.

“Kita terikat dengan warisan bersama. Kita terikat dengan keperluan untuk bekerjasama ke arah sebuah negara untuk menghadapi cabaran di depan kita,” kata presiden Umno ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Najib telah menjadi semakin meluas dan

diterima oleh rakyat Malaysia.

Muhyiddin berkata, gagasan 1 Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.

“Adakah anda nampak papan iklan di Selangor menggunakan logo PKR, PAS dan DAP?

“Undang-undang kerajaan tempatan di Selangor menyatakan dengan jelas bahawa logo parti politik tidak boleh digunakan ke atas papan iklan,” kata Liu.

Beliau berkata undang-undang itu bukan baru, ia adalah strategi untuk menentang musuh politik.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan Selangor mengkaji semula larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu memandangkan Muhyiddin mendakwa Pakatan Rakyat gentar dengan konsep itu.

Lim bagaimanapun mengecam tindakan Muhyiddin yang mendakwa 1 Malaysia yang diilhamkan Najib semakin popular.

“Kenyataan Muhyiddin ini sangat tidak munasabah kerana sebelum ini beliau tidak secara langsung menyokong 1 Malaysia,” kata beliau semalam.

Belaiu mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai banyak kenyataan yang amat “memudaratkan”, yang bertentangan dengan objektif 1 Malaysia.

RUJUK ( SINI )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular