Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria menasihatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya lebih berhati-hati dan menyelidiki sesuatu program sebelum menerima jemputan untuk hadir bagi mengelak sebarang tohmahan serta fitnah.
Menurutnya, rasa tidak puas hati ini timbul dalam kalangan masyarakat yang kurang bersetuju dengan tindakan Rosmah hadir ke Festival Fesyen Islamik di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos lalu.
“Setelah diteliti, ada model dan pakaian yang diperagakan pada majlis itu bercanggah dengan syariat Islam seperti tertera kalimah Muhammad.
“Pengamatan saya tindakan itu tidak bersesuaian dan bercanggah dengan tema serta tujuan penganjuran,” katanya dalam kenyataan bertulis kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Harrusani berkata, sebagai mufti dan Muslim, beliau prihatin dengan saudara sesama Islam dan mengambil inisiatif untuk menasihati tindakan Rosmah yang menghadiri festival itu.
Katanya, pertimbangan dan penelitian perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati serta fitnah terhadap diri dan juga Perdana Menteri.
“Saya bagi warga Muslim negeri ini mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam menggalas amanah memelihara agama, bangsa serta tanah air,” katanya.
woit..hukumnya apa??
harus??
haram??
halal??
sunat??
makruf??
kahkahkah
bercanggah dengan tema penganjuran??
dengan Islam tak bercanggah ka??