23/12/2010

Inilah suasana Malaysia, macam tak ada agama, baik sikit daripada komunis, komunis tak ada tuhan langsung, tapi kita ada tuhan, buat apa - TGNA
Reaksi dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila diajukan isufitnah ADUN Selising ialah “Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala”. Dalam waktu yang sama ADUN Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad yang dikaitkan dengan fitnah ini berkata bahawa beliau tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah ini dunia akhirat sehingga mereka memohon secara terbuka denga beliau.

Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala - TGNA
Fitnah ini dicetuskan oleh individu yang dikenali sebagai Papa Gomo menerusi blog beliau yang banyak menulis artikel-artikel fitnah terhadap pimpinan PR.
Inilah wajah Barian Nasional yang ketandusan isu hingga sanggup menyerang secara memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat harus sedar sekiranya masih lagi memberikan sokongan kepada pemfitnah natijahnya nanti bukan sahaja negara ini akan dilelong, tetapi takutlah kepada azab Allah.