23/12/2010
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS turut menegaskan, Anak masih menanti untuk bersemuka dengan Ahmad Maslan dalam debat terbuka bagi membincangkan isu Felda.
“Bila dia baru-baru ini keluarkan kenyataan pihak yang tuduh Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa, saya telah mengulangi cabaran saya untuk berdebat.
“Saya kata tidak selesai kita terus menuduh dalam keadaan kita dituduh dan tidak boleh membela diri.
“Saya sentiasa bersedia kalau Ahmad Maslan menjadikan medan pilihan raya kecil sebagai medan intelektual untuk mencari satu titik formula tentang isu yang berlaku di tanah rancangan felda.
“Saya tak menjadi masalah tapi yang menjadi masalah ialah mereka hanya pandai tembak kita dari luar tapi sampai masanya bila kita ajak mereka berdebat mereka tak mahu,” katanya.
Tiga Felda terletak di Dun Tenang iaitu Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat and Felda Tenang.
Tiga kawasan Felda ini mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.