Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Video ulasan lawak Rosmah Mansor pula masuk CNN

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak serba tahu di dalam mengulas isu bencana Tsunami baru-baru ini menjadi bahan lawak jenaka di internet dan menjadi topik perbualan hangat di facebook dan twitter termasuk forum-forum terkenal.

Rosmah Mansor membuat kenyataan mengejutkan apabila membayangkan bahawa bencana Tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam. Rosmah juga berkata, malapetaka itu memberi pengajaran kepada Jepun dan negara-negara lain serta mengaitkan pembangunan pesat sebagai punca berlaku bencana di Jepun.
Video ucapan Rosmah Mansor yang menjadi bahan lawak jenaka pengguna-pengguna internet ini turut mendapat liputan portal berita antarabangsa [CNN]. Video tersebut juga mendapat hits yang tinggi sejak ia disiarkan di halaman Youtube. Dalam masa sehari sahaja ia telah mencapai lebih 50,000 tontonan (views). Apa yang jelas Rosmah Mansor telah berjaya mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui komen lawaknya menjadikannya isteri Perdana Menteri paling kelakar tahun ini.


ReJaM© "Tak sangka, isteri Najib Tun Razak rupanya seorang pelawak..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular