Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Siasat BN Perak

SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa 

PERAK 14 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini.
Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya.
”Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu,
"Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini,” kata Siva
Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.
Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.
Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.
Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular