Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir “Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini,”
Memanglah.. Kalau kita lihat pula puak mana yang sering berdemonstrasi itu, mereka kebanyakkannya penyokong UMNO/BN yang menari mengikut rentak gendang yang dipalu pemimpin UMNO yang kehilangan punca.. ya lah.. dulu semasa UMNO/BN memerintah Pulau Pinang sumber pendapatan mereka-mereka itu terjaga.. projek apa pun tak perlu melalui tender, ada kabel dengan pemimpin UMNO itu cukup, samada syarikat ada kemampuan untuk melaksanakannya atau tidak itu belakang kira..
Tapi sekarang semua kena melalui tender terbuka, jadi macam mana penyokong-penyokong UMNO tu nak cari makan?? nak bersaing tak mampu pasal selama ini hanya mengharapkan projek disuap saja...
Ketua Menteri wajar kaji punca rakyat semakin memberontak
BAYAN BARU - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar menyalahkan rakyat ataupun NGO yang bangkit mengadakan tunjuk perasaan kerana pada hakikatnya mereka sedang tertekan dengan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan janji.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri sepatutnya perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO melakukan pelbagai bantahan sehingga ada yang sanggup menghantar keranda kepadanya.
“Kita tak boleh salahkan rakyat mahupun NGO kerana mereka sudah mula tertekan. Dulu sewaktu pilihan raya, mereka (Kerajaan Negeri) berjanji bermacam-macam kepada rakyat tapi sekarang sukar menunaikannya dan disebabkan itu rakyat memberontak.
“Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini,” katanya pada sidang media di pejabat BN di sini semalam.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berbangga dengan tindakan rakyat dan NGO kerana apa yang dilakukannya dahulu kini menjadi ikutan orang lain termasuk rakyat Pulau Pinang.
Namun, Musa menegaskan tindakan seorang peniaga menghantar keranda kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini bukanlah budaya yang diamalkan di negara ini.