Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Pengangguran di Kelantan sebenarnya lebih rendah daripada peringkat nasional


Serangan ke atas Kelantan bertujuan calarkan imej PAS

KUALA NERUS - Serangan yang dibuat dengan kenyataan-kenyataan 'sumbang' mengenai negeri Kelantan tidak akan mampu menggugat keutuhan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan yang diperintah oleh PAS itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli bin Shaari berkata ia adalah bertujuan untuk mencalarkan imej PAS dimata rakyat Malaysia.

"Yang (mereka) kata tak maju (negeri) Kelantanlah, yang (mereka kata) menganggur ramai (di) Kelantan lah, ini serangan sebenarnya, sebab mereka hendak mencalarkan imej PAS di mata rakyat Malaysia,

"InsyaAllah, kia yakin, serangan-serangan yang dilakukan itu, tidak menggugat keutuhan kita,"katanya ketika menyampaikan ucapan di Kampung Kubang Jela dekat sini pada Ahad, 13 Mac.

Beliau mendedahkan, fakta sebenar kadar pengangguran di kelantan adalah lebih rendah daripada kadar pengangguran di peringkat nasionaldan beberapa negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Beliau berkata, menurut buku penyiasatan tenaga buruh yang dikeluakan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2009, kadar pengangguran di Kelantan adalah 2.2 peratus berbanding 4.0 peratus.

"Rekod pengangguran, tahun 2009, kadar pengangguran di Kelantan 2.2%, kadar pengangguran di peringkat nasional 4.0%, maknanya kadar pengangguran di Kelantan lebih rendah dari peringkat nasional,

"di Terengganu kadar pengangguran 3.5%, di sarawak 4.7%, di Sabah paling teruk, kadar penganggurannya 6.1%,"jelasnya

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak dakwaan sesetangah pihak yang memfitnah ramai orang Kelantan yang berhijrah ke luar negeri Kelantan disebabkan tidak ada peluang pekerjaan di negeri Kelantan.

Dengan merujuk Pelan Induk ECER yang dikeluarkan Oktober 2007, beliau menegaskan jumlah orang luar Kelantan yang masuk ke negeri Kelantan sebenarnya lebih ramai dari rakyat Kelantan yang berhijrah keluar.

"rakyat Kelantan yang keluar, bekerja di luar Kelantan (seramai) 21,920 orang, manakala orang luar Kelantan yang masuk ke negeri Kelantan, bekerja di Kelantan (seramai) 24. 460 orang,

"siapa yang kata (negeri) Kelantan tidak ada (peluang) kerja? yang keluar lebih sedikit dari yang masuk,"ujarnya.

Ahmad Fadli juga menyifatkan, serangan yang dilakukan ke atas negeri Kelantan dan Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat adalah datangnya dari satu pasukan (team) yang sama, diketuai oleh 'pemain tahun 90-an, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular