Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Bukti umno sayang judi

'Pengharaman judi di KT masih berkuatkuasa'
Pengharaman terhadap premis perjudian di Terengganu didakwa masih lagi berkuatkuasa melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai bahagian perlesenan yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu, pengharaman itu dikuatkuasa sejak 1999, semasa negeri itu diperintah oleh PAS.

"Kami (MBKT) tidak mengeluarkan sebarang permit (untuk premis perjudian) kepada sesiapa pun sejak PAS memerintah pada 1999 sehingga hari ini, kerana perkara itu adalah haram.

NONE"Dan sekarang, di bawah pentadbiran BN, pengharaman itu masih lagi diteruskan kerana tidak menerima sebarang permohonan atau arahan untuk meluluskannya atau mengeluarkan permit premis perjudian kepada mereka yang berminat," katanya.

Bagaimanapun, Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras bahawa pengharaman tersebut telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004.

"Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik.

"Berkaitan dengan premis perjudian, sesiapa (yang berminat) boleh memohon permit membuka premis perjudian, selagi mereka mengikut syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang," kata Toh ketika dihubungi Malaysiakini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular