Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 14, 2011

Hamdi membezakan agama di dalam politik

 Jeleknya Hamdi isu pertemuan Nik Aziz-Harussani

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan betapa rendah dan jeleknya pemikiran ketua penerangan kerajaan negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar berhubung usaha untuk mempertemukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Hamdi terlalu bimbang bagi pihak Umno sekiranya pertemuan tersebut berlangsung dan sekiranya ia berjaya.
Pihaknya merasa kesal dengan kenyataan Hamdi itu yang menyifatkan pertemuan tertutup antara kedua-dua tokoh itu tidak sesuai dan seolah-olah merugikan ummat Islam kerana ianya dipolitikkan.
DPPN Pk juga, katanya merasa kesal kerana masih ada umat Islam yang membezakan agama di dalam politik dan ianya tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
“DPPN Pk melihat Datuk Hamdi tidak memahami Islam yang sebenarnya dan ianya bertentangan dengan slogan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang konsep Islam dan agama kerana kurangnya permahaman di kalangan pimpinan Umno itu sendiri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sepatutnya, kata beliau ia perlu dilihat sebagai satu objektif baik kerana usaha itu akan memberikan kekuatan buat ummat Islam agar tidak bertelagah dengan hukum yang ada kerana bagi tokoh-tokoh agama agar tidak bertembung di khalayak umum.
Katanya, Pemuda PAS Perak sekali lagi berharap untuk menemukan kedua-dua tokoh tersebut berjaya walaupun ada pihak tertentu tidak senang dengan usaha itu.
“Malah ianya cuba dihalang agar tidak berjaya dan jelas perkara tersebut tidak menguntungkan Umno jika ianya diadakan dan bukannya kedua-dua tokoh tersebut,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular