Salam Sejahtera,,
Dalam kehidupan seharian sekarang ini kita masing-masing ingin meneruskan kehidupan dengan hidup berjimat cermat...
Kalau kenderaan seperti kereta, ada alat penjimat minyak fuel saver, keberkesanannya.. entahlah sebab aku tak pakai... tak berapa yakin,, kalau betul boleh jimat kenapa kilang pengeluar kereta tak sediakan untuk keberkesanan masa depan kereta tu...
Cuma yang aku nak highlightkan alat penjimat letrik, seperti gambar dibawah.. .
Balik rumah penggunaannya, memang ada kesan, dalam sat bulan penggunaan elektrik dapat jimat lebih kurang RM20 - 25 sebulan.., ini anggaran congak aku.., Oklah tu, taklah rasa rugi aku beli...
Tapi entah macam mana, baru 6 bulan lebih kurang aku pakai, satu malam, aku dengan bunyi benda meletop, pergi lihat benda alah ni, dah berbau hangit, automatic breaker dah off, terpaksa aku cabut keluar, ikutkan ada jaminan 5 tahun kononya, tapi lu nak cari kat mana, beli main ikut ejen aja,,, buka ada kedai tetap...,
Ambik ketetapan, suruh kawan yang mahir dengan bidang elektrik suruh dia buka, janganlah dok pi suruh ostad Kazim yang buka, tak maunya, setakat jampi dan doa ostad tu tak boleh pakai,, kenapa ni,, sebab waktu aku dok cerita aku tak sehat, ada mangkok hayun suruh pi minta maaf dengan ostad Kazim, depa kata aku hina dia...., tak payahlah... aku dah sehat dah,,,
Bila dah dibuka, dalam kandungan smart saver ni isi kandungannya hanya seperti dalam gambar di bawah ni... ...
Harga kat kotak tulis RM45.00, bila nak bayar, tanya towkey kedai hanya RM15, itu pasai aku kata, budjet kos buat benda alah ni tak sampai RM30.00, depa jual RM199.00..... Smart kat depalah.... bukan aku saja yang terkena, rasanya ramai lagi....
Apa yang ada, 1 capacitor, itu yang meletop tu, connector untuk 4 way, fuse 5am dengan carriernya, dan suis berlampu, accessories luar ialah 1 kaki cable 3 core, 13amp 3pin plug, dan 1 kotak (box plastik) yang mana kalau nak kira harganya tak sampai RM30.00.
Tetapi pembuat ni memang smart, kat capacitor tu, di buang tellynya, tak tau berapa dia punya UF dan sebagainyanya, nasib baik kawan aku ni, cekap, ada alat yang boleh check...., he he,, boleh pi cari kat kedai spare-part elektrik.... ...