Akhbar media arus perdana Berita Harian memaparkan karikatur mempersenda bencana yang menimpa Negara Jepun. Gambar watak superhero terkenal dari Jepun, Ultraman dilukis oleh kartunis Zoy, sedang melarikan diri dari Tsunami. Dari satu sudut menggambarkan lukisan ini menghina dan menjadikan bencana di Jepun sebagai lawak jenaka.
Namun dari satu sudut lain, kalau kita fikir secara positif mungkin boleh disifatkan sebagai satu bentuk nasihat bahawa, sekuat manapun Superhero ciptaan manusia, tidak akan mampu untuk menewaskan kuasa Allah. Apa pun terpulang kepada anda untuk membuat penilaian.
Apa yang jelas, rakyat jepun sedang bersusah payah, bersedih atas kehilangan harta benda dan keluarga tersayang, namun ada akhbar di Malaysia yang menjadikan bencana yang menimpa negara tersebut sebagai bahan lawak jenaka. Mungkin karikatur ini dipaparkan tidak sesuai pada masanya.