Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 13, 2011

Tidak mungkin Umno, PAS boleh jalin kerjasama politik-sesungguhnya allah s.w.t akan memenangkan pemimpin yang nakkan keadilan !Tiba masanya rakyat bangkit utk perubahan!!!

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
February 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS menegaskan hasrat untuk Umno dan PAS mewujudkan kerjasama politik yang “kukuh” tidak akan berjaya memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai dasar perjuangan yang berbeza.
Bagaimanapun bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad berkata, Umno dan PAS boleh menjalin kerjasama dalam hal-hal tertentu terutamanya yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita kembali kepada tahun 80-an, 90-an di mana kita pernah cuba berbincang soal nak jadikan orang Melayu sebagai sebuah parti sahaja, satu perkara yang sukar.
“Sebab itu, kalau boleh Umno dan PAS dalam soal kepentingan orang Melayu termasuk apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan itu, kita pertahankan bersama… itu sudah menjadi jaminan yang baik tanpa mengetepikan hak kaum lain yang juga terjamin dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.
Beliau yang juga bekas naib presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas sesi diskusi Simposium Dilema Melayu di  di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Terdahulu beliau bercakap di bawah “Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Depan”.
Justeru, Isa yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Bagan Pinang dan Pengerusi Felda berkata, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak akan menimbulkan masalah.
“Kalau ini boleh dibuat masa depan orang Melayu tak begitu cemas… sebab hak itu sudah terjamin, sebab itu jangan persoalkannya dan kalau tidak dipersoalkan tiada masalah.
“Bergabung (Umno dan PAS) sukar, tapi kita boleh bekerjasama dalam hal tertentu,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mungkin bersatu semula dengan Umno memandangkan parti Islam itu mempunyai sejarah ketika berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Parti Islam itu “ditendang” keluar dari BN penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.
“Nampaknya sukar… PAS keluar ada alasan, PAS dan Umno ada sejarah. Kalau nak bercantum itu satu masalah yang rumit.
“Masalahnya kita bercakap dari realiti, kesimpulan yang dibuat, kita pertahankan hak ini cukup dan dari sudut PAS, malah kami dalam Pakatan Rakyat ini (Perlembagaan Persekutuan) menjadi perkara utama yang dijamin akan dipertahankan,” kata Mustafa.
Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahakan Perlembagaan Persekutuan walaupun gabungan tiga parti itu berjaya merampas Putrajaya dari BN.
“Masalah Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu bahasa rasmi dan institusi beraja akan dipertahankan.
“Bukan sahaja PAS malah keseluruhan Pakatan Rakyat menerima ia mesti dipertahankan,” katanya.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”
PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular