Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

Kalau UMNO Benar2 Berjuang Islam, Perjuangkan Tuduhan Qazaf Ke Atas Saiful Bukhari Dijalankan Dengan Kadar Segera

Wahai juak2 dan puak2 UMNO sakalian. Hari Jumaat ni korang nak berdemo sempena keputusan Mahkamah Tinggi (yang telah pun ditangguhkan) yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh The Herald.

Mengapa tidak kamu berdemo juga meminta Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya mempercepatkan pendakwaan ke atas Saiful Bukhari di atas tuduhan QAZAF yang telah dilaporkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan yang lepas?


Ataupun UMNO sendiri telah menghalalkan jenayah Qazaf bagi ahli-ahli UMNO sehingga UMNO tidak melihat keperluan untuk memperjuangkan hak seorang Islam bernama Anwar Ibrahim?

Apakah bezanya keputusan Mahkamah Tinggi dengan tindakan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melambat-lambatkan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari? Kedua-dua nya “penghinaan” pada Islam bukan?

Yang saya tahu, “qazaf” ni halal dalam UMNO. Dosa besar Qazaf ni sudah jadi macam amalan biasa di kalangan ahli UMNO. Mereka membuat tuduhan Qazaf pada Anwar tanpa rasa dosa walau sedikit pun.

Padahal,”Qazaf” ini adalah tergolong dalam dosa-dosa besar yang dibenci oleh Allah SWT. Tak heranlah judi dan arak pun UMNO boleh sokong, Qazaf ni lagilah diorang boleh halalkan.

Berentilah nak buat demo hari Jumaat ni. Buat tekak saya loya je. Nak demo konon. Pada waktu yang sama kamu halalkan judi, halalkan arak, halalkan sekularisman, buang tulisan jawi, HALANG perlaksanaan hukum jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan ancaman darurat dan MAGERAN dsbnya.

Nak demo konon nak pertahan nama Allah, tapi nama Allah kamu ludah kamu hinjak kamu maki bila kamu halalkan benda yang Allah SWT haramkan i.e. kes Saiful Bukhari.


Jenis manusia UMNO dalam Al Quran disebut sebagai:

‎وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ


8. Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe.


‏يُخَدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

9. Fain would they deceive God and those who believe, But they only deceive themselves, And realise (it) not!

Mengikut ayat2 di atas, UMNO ni cuba untuk menipu Allah dan orang2 yang Beriman dengan demonstrasi mereka, namun sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar mereka menipu diri mereka sendiri.
Jadi, orang-orang yang beriman sekelian, janganlah tertipu dengan aksi-aksi orang yang menipu diri mereka sendiri.

Tulang Besi



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi ini untuk mendapat perintah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (KPS) supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf.
Selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Husin yang dinamakan sebagai responden pertama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga.
“Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997,” ujarnya dalam kenyataan media selepas memfailkan permohonan itu dan berharap tuntutan qazaf itu tidak dilengahkan lagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah Jawi dan menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
Menurutnya, permohonan itu adalah lanjutan daripada qazaf beliau bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi terhadap Mohd Saiful yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya beliau telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful pada 26 Jun 2008.
“Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada Jawi kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.
“Dalam bulan Ogos 2009, saya mendapat maklumat pihak Jawi telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap Mohd Saiful,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kesemua surat-surat peguam syarienya yang bertanyakan mengenai status laporan qazaf beliau tidak dijawab KPS.
Oleh itu, beliau agak terkejut apabila menteri berkenaan telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

“Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil,” ujarnya.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.
Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden-responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.
“Sebagai seorang Islam, saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh hukum syarak,” tegasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular