Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

Kemukakan Bukti !!! MB Selangor Cabar Noh Omar

MBI Terbuka Kepada Siasatan Audit Dalaman dan SPRM



Banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkenaan pentadbiran Negeri Selangor yang jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor.

Terkini, beliau membangkitkan isu perbelanjaan penginapan yang dibayar oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Agak hairan perkara tersebut ditimbulkan sedangkan adalah menjadi amalan sesebuah Kerajaan Negeri menerima tetamu dari dalam mahupun luar negeri.

Jelas beliau merujuk kepada tetamu kerajaan dari dari Sabah dan Sarawak yang telah mengadakan kunjungan rasmi ke Selangor dan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor.

Senario ini bukanlah sesuatu yang janggal yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan negeri BN mahupun di peringkat pusat. 

Memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat.

Sedikitpun kita tidak berasa gusar kerana Kerajaan Selangor khusus MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerajaan Selangor yang mendokong prinsip ketelusan dan kebertanggungjawab,tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta. Rakyat boleh menyemak setiap perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Negeri.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular