Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

Tuduhan Liwat : Laluan sukar buat Anwar..


GOMBAK : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan laluan sukar dalam kes pertuduhan liwat yang dihadapinya walaupun mempunyai kejutan baru dalam prosiding perbicaraan semalam.
Menurut Anwar jika kes pertuduhan liwat itu berlaku di negara lain ia pasti digugurkan.

Anwar mendakwa perkara itu wujud kerana sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) umpama Mesir dibawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

“Malaysia dengan Mesir ada persamaan dari segi sistem iaitu satu parti berkuasa yang sombong. Siapa yang kaya raya? Anak isteri mereka.


“Hari ini (semalam) ada kejutan baru apabila dalam laporan borang pro forma (nota awal) disebut tiada tuduhan liwat. Hanya cubaan meliwat tetap saya didakwa meliwat.

“Dunia mana pun kes ini akan dibuang tetapi Najib, Rosmah ala Mubarak ini mahu kes diteruskan,” dakwa beliau ketika ditemui pada

Majlis Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE) di sini malam tadi.

Ketika perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar “cuba” untuk meliwatnya.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Disebabkan bukti terbaru itu, Anwar mendesak agar pertuduhan liwat ke atasnya digugurkan.

Menyentuh mengenai penswastaan saman ekor Anwar menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.

“Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan,” katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh. darisungaiderhaka

Saman tampung PRU13?

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah penswastaan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan

Secara Automatik (AES) hanya untuk menampung perbelanjaan Umno-BN dalam menghadapi PRU-13.

Mahfuz mendakwa dua syarikat yang menggendalikan sistem AES iaitu Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd wujud kepentingan tertentu dalam kerajaan.

“Saya yakin dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan mustahil mereka beri kepada syarikat yang tidak kenal. Malah keuntungan yang diperoleh akan diberikan kepada parti, dan sudah tentu ada pihak mendapat keuntungan hasil wang jutaan ringgit,” katanya.

“Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN bagi menghadapi PRU-13,” dakwa beliau.

Tambah Mahfuz, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kerajaan kini terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara.

“Kerajaan sekarang kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.

Menjelaskan mengenai kempen, Mahfuz berkata sesi penerangan akan menjelajah ke seluruh negara bermula Januari dan tumpuan kepada hampir empat juta mangsa saman ekor.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor Dr Badrul Amin Baharon.

KASE ditubuhkan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS sejak Ogos tahun lalu bagi menggiatkan kempen bagi membantah penguatkuasaan saman melalui pembuktian fotografi.

Malah kempen giat dijalankan sejak Ogos lalu membabitkan pengedaran risalah, kutipan 1 juta tandatangan dan memo kepada Yang Dipertuan Agong bagi menentang saman ekor tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular