Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 18, 2011

PRK Kerdau Serentak Dengan Merlimau!!

Pilihan raya kecil Kerdau serentak Merlimau 6 Mac



Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau.

Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu.


InsyALLAH ADMIN akan Kemaskini kan di [ SINI ] danSINI ] secara "LIVE UPDATE" pada hari Penamaan Calun, Tempoh berkempen dan hingga PengISTIHARAN pemenang Bagi PRK di atas
Sila KLIK "LIKE" Sekarang... di LINKPAGE Rasmi unt Isu2 Semasa serta INFO PRK & PRU ] Dan [ Pemuda Pas Sabah ]

The Malaysian Insider difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi.

Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong.

SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini.

Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. -TMI

Ulasan GB

Pengumuman SPR untuk melaksanakan Pilihanraya Kecil Kerdau serentak dengan Merlimau merupakan satu ujian berat yang dihadapi oleh PAS.

Semua pemimpin dan ahli PAS perlu bangun dari tidur.

Tuan Ibrahim Tuan Man diharap dapat menyerahkan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya bagi DUN Merlimau kepada pemimpin yang lain - samada kepada Timbalan Presiden Ust Nasaruddin Md Isa atau kepada Naib Presiden Mahfuz Omar atau kepada Ketua Penerangan, Ust Idris Ahmad.

Ini adalah untuk membolehkan Tuan Ibrahim menumpukan perhatian di PRK DUN Kerdau.

Samada beliau terpilih sebagai calon di DUN Kerdau adalah persoalan yang lain, tetapi tumpuan beliau di DUN berkenaan adalah lebih utama berbanding di Merlimau.

Jabatan Pilihanraya PAS hendaklah menyusun strategi dengan betul bagi kedua-dua pilihanraya kecil ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular