Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 18, 2011

PKR SABAH BIDAS KEMENTERIAN PELAJARAN

Oleh: MEDIA PKR SABAH
TIGA buah sekolah telah dikenalpasti oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) sebagai tidak selamat untuk digunakan dan laporan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Berdasarkan rekod, sekolah ini telah dibina sebagai salah satu projek kilat oleh Kerajaan BN. Satu lagi kesinambungan kerakusan kepimpinan dan kroni-kroni BN dalam membina projek kilat tersebut. Bidas Halik Zaman yang memegang portfolio Pendidikan dalam pimpinan PKR Sabah.
"Demi keuntungan dan kepentingan kroni, BN sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak yang hadir setiap hari ke sekolah-sekolah berkenaan untuk menimba ilmu pelajaran. Demi untuk mempertontonkan ‘kepalsuan keperihatinan’ kepada rakyat Tawau, BN sanggup menggadaikan keselamatan kanak-kanak yang tiada dosa dengan mereka," tegas Halik yang juga Ketua Cabang PKR Tenom itu.
Kata Halik lagi, "Lihatlah betapa BN mempermainkan hidup rakyat yang telah mengundi mereka selama ini dengan kes ‘sekolah semborono’. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Kukusan, SK Bahagia dan SK Jambatan Putih.”
Seandainya sekolah-sekolah itu harus ditutup kerana faktor keselamatan, kata Halik, maka 3,000 orang penuntut sekolah berkenaan terpaksa ‘diabaikan’ pembelajaran mereka dek kerana tuntutan serakah pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni mereka yang hanya mementingkan ‘keuntungan’ yang disalur masuk ke akaun masing-masing.
"Inikah yang di maksudkan oleh PM 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan? Dek kerana terlalu sibuk menjaga pergerakan Pakatan Rakyat, mereka melupakan sama sekali kebajikan dan keselamatan rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila BN semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri," perli Halik.
Tambah Halik lagi, "BN hanya mencari-gali kesilapan Pakatan Rakyat sahaja, walau tiada mereka sengaja adakan juga. Sehinggakan mereka terlupa kesilapan dan kelalaian besar yang mereka lakukan seperti kes sekolah kilat ini mereka abaikan."
"Kita yakin sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pusat, para pemimpin Pakatan Rakyat akan lebih berhati-hati dalam hal-hal kemasyarakatan dan kebajikan kerana setiap kealpaan yang dilakukan oleh Kerajaan BN akan dijadikan tauladan dan sempadan demi sebuah pentadbiran yang lebih berdinamik dan berwawasan," bidas Halik lagi.
Kecam Halik lagi dengan lantang, "Pakatan Rakyat Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sikap yang tidak bertanggung jawab Kementerian Pelajaran yang menganggap keselamatan anak-anak kita sebagai satu perkara remeh dan tidak ada apa-apa tindakan diambil kepada bangunan sekolah sekolah yang bermasalah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular