Ini alasan2 yg selalu dimainkan oleh UMNO/BN
BD : Kementerian mana yg mengawal Harga Barang?
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Pas sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga barangan jika menang pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Nyata PR hanya berjanji kosong kerana mereka ada empat negeri yang dikuasai tetapi kenapa harga barang tidak turun di negeri terbabit.
“Mereka tahu kenaikan harga barangan adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi masih berjanji dengan rakyat akan menurunkan harga malah menuduh kerajaan kejam kerana terus membiarkan kenaikan harga barang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya Besar Mydin, di sini, semalam.
Hadir sama, timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Timbalan Setiausaha KPDNKK, Datuk Daud Tahir dan Pengurus Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.
Mydin menjadi pemborong pertama menyahut seruan penurunan harga barangan bagi 2011 dengan menawarkan penurunan harga 10 hingga 30 peratus untuk 200 barangannya, bermula semalam.
Ismail berkata, kementeriannya turut mengedarkan risalah untuk memaklumkan kepada pengguna, termasuk pengundi di DUN Merlimau, bagi memperjelaskan isu kenaikan harga barangan dan subsidi yang ditanggung kerajaan.
“Kenaikan harga barang sememangnya tidak dapat dielak dengan perincian yang cukup jelas.
“Ia juga bagi menepis fitnah pembangkang yang menjadikan kenaikan harga ini sebagai salah satu senjata untuk meraih undi dan menabur janji kosong kepada pengundi sedangkan ia mustahil dilakukan,” katanya.
Menurutnya, peniaga dan peruncit juga diminta bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menjayakan kempen menurunkan harga barangan bagi meringankan beban pengguna.
"Selain peranan pengguna, kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan masyarakat mengenai kenaikan harga barang yang banyak memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
Ismail berkata, selain mengawal empat barangan iaitu gandum, minyak, beras dan gula, kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana ia dipengaruhi 'cuaca' global.
“Kenaikan harga gula, kelapa, bawang dan minyak masak adalah disebabkan bencana alam yang berlaku di negara yang menjadi pengeksport utama barangan keperluan itu.
“Fenomena banjir di India, China, kebakaran di ladang gandum di Rusia, selain musim melawas kelapa di Indonesia menjadi antara sebab kenapa produk dari negara ini mengalami kenaikan harga," katanya.
Menurutnya, pengimport pula tiada pilihan, selain menjual dengan harga tinggi berikutan kekurangan bekalan barangan berkenaan dan dijangka masalah itu berterusan dalam tempoh masa yang panjang.
BD : Agaknya .. Tiap2 Bulan Negara Pengeksport Utama di landa BENCANA ALAM??
"Pada masa sama, kerajaan sentiasa melakukan usaha kawalan harga barangan terpilih terutama pada musim perayaan agar peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya.
BD : Boleh pulak kawal??
Ismail juga mengingatkan peniaga di Merlimau tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.
BD : Hahahaha Antara alasan2 BODOH dr pak Menteri ....