Sebelum ini, bapak kepada penyanyi terkenal "baik punya" mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menaikan harga minyak sewenang-wenang, malah kerajaan tidak bercadang pun nak naikkan harga minyak. [Bernama]
Tengok betul-betul kenyataan bapak penyanyi "baik punya" di bawah ni. Siapa yang berkuasa untuk naikkan harga minyak? Kerajaan atau tukang kebun sekolah? Atau Mak Limah isteri ketua kampung di Parit Sulong Batu Pahat yang naikkan harga minyak?
Sekarang tiba-tiba najib kata jangan salahkan kerajaan, sebab bukan kerajaan yang naikkan harga minyak. Salahkan fenomena global kah kah kah [Utusan].
Habis nak salahkan siapa? Nak salahkan FENOMENA GLOBAL? Jahat betul FENOMENA GLOBAL! Berani dia naikkan harga minyak! Macam mana gerombolan songkok tinggi nak lancarkan demo besar-besaran membantah kenaikkan harga minyak dan barang-barang? Pejabat FENOMENA GLOBAL terletak kat mana? Kah kah kah
RentaP© "Orang kampung, orang miskin yang tak paham ekonomi boleh duduk diam-diam ini negara orang kaya kah kah kah..."