Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

DI MANA LOKASI SEKOLAH HARAPAN MELAKA DI JASIN?

Mestilah ramai para pengunjung atau petugas parti dari luar Melaka berminat unuk melihat rupa paras para pelajar termengandung di sekolah ini. Di mana lokasi sekolah ini pasti menjadi tanda-tanya?

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ”sekolah harapan”, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM). Sekolah Harapan yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000, mempunyai empat kelas, bilik komputer, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran.
Setakat ini, sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu mampu menempatkan 40 pelajar, mempunyai lima kakitangan termasuk seorang penyelia, manakala tujuh tenaga pengajarnya pula di kalangan kakitangan terlatih JAIM.

MENDAPAT BANTAHAN DARI SARAWAK



Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina, berkata Sekolah Harapan bukan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah pelajar hamil, malah dikhuatiri mencetuskan epidemik hamil luar nikah dalam kalangan pelajar.

“Banyak kaedah lain boleh dilaksanakan untuk menangani masalah kehamilan luar nikah, termasuk melalui kerjasama ibu bapa dan masyarakat. STU tidak bersetuju dibuka Sekolah Harapan di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Wisma STU di Jalan Song, di sini semalam.

Katanya lagi, ibu bapa dan masyarakat perlu bersama menyelesaikan masalah itu dan bukannya menempatkan pelajar hamil di tempat tertentu kerana ia lebih kepada usaha untuk menutup malu, sebaliknya langkah terbaik ialah mencari pasangan yang menghamilkan pelajar itu.
APA KOMEN ORANG MELAKA?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular