Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

Abas cabar menteri pelajaran ... Pulak???

PKR: Luar biasa prestasi guru meningkat 600%


PKR menyifatkan dakwaan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa prestasi guru sekolah meningkat sebanyak 600 peratus hanya dalam masa setahun sebagai sangat luar biasa.

Ketua Biro Pendidikan PKR Abas Awang berkata, untuk mendapat peningkatan luar biasa itu, sudah tentu memerlukan proses yang luar biasa, tetapi perkara itu didakwa tidak dilihat.

"Malahan (sebaliknya) terdapat prestasi sekolah yang semakin merosot," kata Abas yang juga bekas pengarah pendidikan Wilayah Persekutuan.

"Saya mencabar menteri pelajaran supaya menyenaraikan aktiviti serta program yang luar biasa itu untuk dihayati oleh seluruh warga pendidikan dan masyarakat umum supaya aktiviti dan strategi ini menjadi budaya baru dalam arena pendidikan negara."

Pada 10 Februari lalu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri dilaporkan berkata beliau mengumumkan tawaran baru (Bai'ah) untuk pengetua dan guru besar sebagai satu inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Katanya, selepas setahun mengumumkan ganjaran kewangan, jumlah guru besar melepasi sasaran di luar jangkaan, iaitu pertambahan 12.1 peratus - peningkatan 600 peratus daripada sasaran 2 peratus.

Dilaporkan seramai 924 guru besar disenaraipendek dan akan menerima RM7,500 seorang manakala lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.

Berkhidmat demi wang

Dalam satu kenyataan hari ini, Abas juga berkata, beliau yakin pencapaian yang didakwa itu tidak berlaku dan hanya gimik politikbagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Beliau (Muhyiddin) juga mencerminkan seakan-akan guru besar dan pengetua selama ini bekerja demi ganjaran wang.

"Bila menteri pelajaran mengumumkan pemberian ganjaran barulah guru besar dan pengetua berkerja berhabis-habisan kerana inginkan imbuhan," kata Abas sambil meyifatkan kenyataan itu sebagai satu penghinaan.

Bagi Abas , proses memilih guru besar dan pengetua cemerlang adalah sukar dan mengambil masa yang panjang.

"Bagaimana kementerian pelajaran sekarang bertindak begitu cepat untuk menilai prestasi guru besar, pengetua dan guru yang bilangannya ratusan ribu dalam masa yang singkat? 

"Tambahan pula bilangan jemaah nazir yang terhad mampu menilai prestasi dalam jangkamasa yang begitu singkat?

"Apabila penilaian yang dibuat secara tidak telus, jujur dan ikhlas, ia akan menimbulkan konflik dalam pendidikan," katanya sambil menjangka konflik itu akan melemahkan lagi struktur pentadbiran pendidikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular