Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

Kena tipu!!! ke ada JERUNG????

Bank Ditipu RM19 Juta Oleh Syarikat Pembekal Alat Ganti MiG-29N



Facepalm Bank Ditipu RM19 Juta Oleh Syarikat Pembekal Alat Ganti MiG 29N
Semalam, kecoh pula pasal kisah bank ditipu oleh syarikat pembekal yang mengaku membekal alat ganti MiG-29N di Malaysia. Sana sini orang bercerita mengenainya.Berikut di bawah adalah kenyataan mengenai kes ini.
KUALA LUMPUR: Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA
Kami hairan sungguh macamana bank ni boleh kena tipu.Bukan sedikit.RM 19 juta.Nampak sesuatu yang pelik dalam kes ini.Seperti ada yang tidak kena.Kita sendiri tahu bahawa prosedur pinjaman bank memang sangatlah ketat. Alangkan nak pinjam RM 2000 pun bermaca-macam dokumen bank mintak, telefon sana-sini mintak pengesahan dan sebagainya, inikan pula pinjaman bernilai RM 19 juta!
Di antara kesilapan bank yang kami faham berdasarkan kenyataan akhbar di atas adalah disebabkan tidak memeriksa premis perniagaan.Ini juga sesuatu yang mustahil dan kecuaian seperti ini sememangnya sukar untuk dipercayai.Kita sendiri pun tahu, nilai pinjaman sebanyak itu memestikan pegawai bank untuk memeriksa dahulu kewujudan perniagaan serta premis di mana mereka menjalankan perniagaan.

Dengan kertas kerja lagi, dan pelbagai lagi syarat-syarat yang ketat,bukan mudah untuk buat pinjaman.Kalau dah ikut pun syarat pun, belum tentu bank akan luluskan juga.Pelbagai alasan yang akan dicari untuk menidakkan pinjaman.Terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil.

Di mana silapnya pihak bank dalam meluluskan pinjaman bernilai tinggi ini? Kami pasti sebenarnya ia melibatkan ramai pihak yang bersekongkol sama dalam menjalankan penipuan. Mustahil ianya diluluskan tanpa melibatkan “kabel” yang kuat. Pastinya ada penglibatan “jerung-jerung” yang perkasa.
Buat masa ini, kes ini masih lagi dalam siasatan Polis dan kami yakin, pasti ada cerita menarik dalam kes ini. Apa komen anda mengenai kisah bank ditipu RM 19 juta ini? - http://fb.me/KFGOBNSd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular