Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

Zuraida: Mengapa Menteri tidak rujuk laporan DEB?


KUALA LUMPUR: KEADILAN mempersoalkan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang membuat kenyataan berkaitan ekuiti bumiputera tanpa merujuk laporan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sedia ada.
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau hairan mengapa pemimpin Umno itu terlalu bergantung harap pada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang penubuhannya sehingga kini tidak jelas dan dipersoalkan.
“Mengapa beliau (Mustapa) sengaja mahu membebankan Teraju sebagai unit baru untuk membuat penyelidikan sedangkan penubuhan badan itu sendiri masih tidak jelas dan dipersoalkan sehingga kini.
“Saya juga hairan mengapa Mustapa terlalu bergantung pada pertubuhan ini sedangkan beliau sendiri boleh merujuk kepada laporan DEB sedia ada.
“Tetapi kerajaan sengaja mahu membuat penyelidikan baru yang kosnya dijangka mencecah jutaan ringgit,” katanya hari ini dalam kenyataan media kepada KeadilanDaily.com.
Beliau mengulas berhubung kenyataan Mustapa yang mengatakan kononnya ekuiti Bumiputera sudah mencapai 22 peratus pada 18 Februari lalu.
Zuraida menjelaskan, realitinya ketika ini majoriti yang masih kekal di bawah paras kemiskinan ialah golongan Bumiputra.
“Realitinya kebanyakan warga miskin di Malaysia adalah Bumiputera dan dengan kenaikan harga barang yang terus melambung, bagimana pula kerajaan yakin bahawa ekuiti bumiputera meningkat,” soal beliau.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno itu sekadar retorik politik demi untuk memancing undi menjelang pilihan raya akan datang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular