Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

Jaga-jaga orang Melayu, Umno mungkin serahkan kerusi Melayu kepada Cina MCA


WarkahDaily – Presiden kontroversi MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mula memberi tekanan kepada Barisan Nasional berkaitan pembahagian kerusi yang dipertandingkan dalam PRU akan datang.

Ada perkhabaran, Chua mula berkira-kira untuk ‘kebas’ kerusi yang dipertanding oleh Umno di kawasan Melayu atau bercampur.

Jadi, orang Melayu perlu ingat, sebelum ini, Umnolah yang menyebabkan kuasa Melayu semakin menghakis akibat persempadanan semula kawasan pilihanraya. Akibatnya, banyak kawasan yang majoriti orang Melayu telah dipecahkan kerana ketika itu orang Melayu ramai memberi sokongan kepada PAS. Keadaan itu menyebabkan kawasan majoriti orang Melayu ada yang diwakili kaum lain.

Sekarang, kerana tekanan daripada MCA, mungkin lagi sekali Umno akan mengorbankan kerusi majoriti orang Melayu akan diserahkan kepada MCA kerana MCA yang mewakili Cina tidak lagi mampu bertahan di kawasan majoriti kaum Cina kerana peratusan yang ramai Cina menolak parti itu.


Sinar Harian - Dewan Pemuda Pas Negeri melihat kenyataan Pengerusi MCA Negeri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mula membangkitkan isu pembahagian kerusi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 memungkinkan beberapa kerusi dimenangi UMNO kini akan diserahkan kepada komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata, suasana itu menunjukkan semangat setia kawan BN dalam memastikan kekuasaan disamaratakan.

“Seperti di Perak, UMNO mempunyai 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dimenangi, mungkin akan diberikan kepada mana-mana komponen BN lain belum dimenangi.

“Adakah perkara yang digambarkan Soi Lek untuk membuat perubahan beberapa kerusi yang telah dimenangi UMNO dahulu untuk diserahkan kepada mana-mana komponen BN yang tidak menang lagi terutama dari MCA,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam

Beliau berkata, Dewan Pemuda Pas melihat formula BN sudah mula rapuh dan tidak meyakinkan.

“Ini kerana kenyataan Soi Lek sudah tentu akan dibincangkan juga dalam BN Negeri dan BN akan memulakan perubahan pembahagian itu jika berlaku. UMNO yang memonopoli kerusi di Perak akan berkurangan jika tuntutan dinyatakan oleh Soi Lek akan menjadi kenyataan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular