Norutul Ilham 17 Feb 2011, 08:57 pm
TUMPAT: Beberapa saksi nampak tindakan ganas Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor terhadap Sa’aid Mat Hassan, seorang warga emas berusia 56 tahun yang mati tidak lama kemudian.
Dihubungi KeadilanDaily.com, adik mangsa, Awang Mat Hassan, 51, berkata, dua anggota UPP dikatakan menendang dada abangnya yang mematuhi arahan untuk memberhentikan kereta bagi pemeriksaan.
“Mengikut saksi, abang saya mematuhi arahan anggota UPP dan memberhenti keretanya di tepi jalan. UPP menggeledah kereta dia (Sa’aid) kemudian dua daripada mereka menendang dada Sa’aid,” katanya.
Beliau berkata, Sa’aid kemudian dibawa menaiki kenderaan UPP dan difahamkan mangsa ditahan di pejabat Kastam Pengkalan Kubor sebelum dihantar ke Hospital Tumpat.
Ditanya mengenai kejadian melibatkan anak saudara merekka, Nizamuddin Mohamad, 19, yang ditembak UPP, Awang berkata Nizamuddin berang dengan tindakan ganas UPP terhadap Sa’aid, sebelum memanggil sekumpulan lelaki lain.
“Anggota UPP melepaskan dua tembakan di bahagian dada dan perut Nizamuddin di hadapan Hospital Tumpat. Kini, Nizamuddin dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Keadaannya stabil.
Media arus perdana sebaliknya melaporkan polis Kelantan menyatakan Sa’aid mati akibat serangan jantung, bukan akibat dikasari anggota UPP.
Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta.
>>> Keganasan UPP
-Keadilan Daily
>>> Keganasan UPP
-Keadilan Daily