Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

Kenyataan Media AIC: Tiada kesan liwat pada saiful bukhari!

by Aic Malaysia on Thursday, February 17, 2011 at 3:07pm

KENYATAAN MEDIA
 
KELAB ANWAR IBRAHIM

Tiada kesan liwat pada saiful bukhari!

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mencabar Peguam Negara menggugurkan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana jelas tiada pertuduhan yang boleh dikenakan berikutan pendedahan bukti baru berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah semalam, jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar telah “cuba” untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor  HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Situasi ini menguatkan desas-desus bahawa segala-galanya adalah konspirasi politik yang bertujuan, sekali lagi, menjatuhkan imej serta kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga figura politik yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum akan datang.

Sebelum ini fitnah liwat kali pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mendapat liputan meluas masyarakat antarabangsa dan bantahan rasmi daripada beberapa pertubuhan hak asasi seperti Amnesty International dan terbukti beliau tidak disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut. 

Kelab Anwar Ibrahim menyeru semua pihak berperanan secara matang dalam menangani krisis ini dan Peguam Negara sepatutnya mengambil peluang ini untuk membersihkan semula imej perundangan negara yang teruk tercemar selama ini. Mengembalikan martabat perundangan dan kehakiman ke tahap yang sepatutnya pasti membantu semula keyakinan masyarakat antarabangsa dan pelabur luar untuk kembali berurusan secara langsung dengan negara yang tercinta ini.

Exco AIC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular