kalau ada air mani 3 lelaki.. siapa seorang lagi selain dari Anwar yang dituduh dan mani saifool sendiri...waaa ingat Parpukari punya ke..ha ha haha..saifool saifoool mesti dah robek jubura hang..
DNA 3 lelaki, air mani Saiful timbul persoalan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyaksikan perbicaraan Fitnah II gempar lewat petang tadi apabila doktor pakar mengumukan penemuan dua DNA lelaki misteri daripada calitan putik kapas dari dubur pengadu, Saiful Bukhari Azlan. Penemuan itu tidak termasuk DNA Saiful iaitu kesan air maninya sendiri.
Ahli kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong, saksi tunggal pada perbicaraan hari ini menyatakan beliau menemui campuran profail DNA tiga lelaki daripada calitan putik kapas “B5″ yang diambil daripada kawasan luar dubur Saiful.
“Ia terdiri daripada campuran DNA lelaki selaras dengan pemilik spesimen dengan kesan darah “B5″ (dilabelkan “Mohd Saiful Bukhari”), ‘Lelaki Y’, serta seorang lagi lelaki yang tidak diketahui,” kata Dr Seah.
Namun setakat ini, Dr Seah belum lagi menjelaskan identiti dua lelaki tersebut.
Kesan air mani Saiful juga turut ditemui pada seluar hitam miliknya sendiri berhampiran kawasan zip seluar tersebut.
Tidak lama kemudian, prosiding mahkamah ditangguhkan seketika apabila pasukan peguam Anwar mendapati terdapat perbezaan antara dokumen laporan profail DNA yang dimiliki mereka dengan dokumen yang dibentangkan di mahkamah oleh Dr Seah.
Hakim Zabidin Mohd Diah mengarahkan pendakwa memberikan salinan laporan yang sempurna kepada pasukan peguam bela sebelum menangguhkan perbicaraan ke pukul 8.30 pagi esok.
Sebelum itu, sewaktu mahkamah bersidang di sebelah pagi, laporan kimia yang diberi kepada pasukan Anwar juga berbeza daripada laporan kimia yang dibentangkan oleh Dr Seah.
Peguam Anwar, Ram Karpal membantah permohonan untuk menukar catitan pada laporan kimia yang akan ditanda sebagai salah satu eksibit di mahkamah kerana ia berbeza daripada yang diberikan kepada peguam bela pada awal perbicaraan. Bantahan itu dilakukan di bawah Seksyen 51 Kanun Keseksaan Jenayah.
Hakim Zabidin menerima bantahan itu dan memutuskan laporan kimia tersebut tidak ditanda sebagai salah satu barang eksibit di mahkamah. - NoToBn