Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 18, 2011

Utusan harami spin berita...celako selamanya siUtusan Harami..


utusan harami cuba membawa minda Rakyat..seakan seakan Anwar menghadapai kesulitan dan menunjukkan memang anwar bersalah..sedangkan berita dari suara keadilan sebalik pulak..memang jenis haramjadah..dalam dan luar siutusan meloya..

Anwar berhadapan 19 bukti

utusan.com.my

Anwar Ibrahim berjalan bersama peguam belanya, Sankaran Nair (kiri) di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Bulu kemaluan, dua helai seluar dalam, sebidang permaidani dan cadar tilam antara 19 barang kes yang dikenal pasti oleh seorang ahli kimia pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Barang-barang kes yang disahkan satu persatu oleh Dr. Seah Lay Hong telah dihantar kepadanya oleh pihak polis untuk pemeriksaan termasuk yang dikemukakan semasa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan di mahkamah setahun lalu.
Menurut Lay Hong, 52, yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, beliau menerima barang-barang itu daripada Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira (kini Supritendan) sebanyak dua kali iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai 2008.
Saksi pendakwa kelima itu berkata, pada 30 Jun 2008, beliau menerima 12 sampul surat yang masing-masing mengandungi bekas plastik berisi calitan putik kapas manakala pada 1 Julai 2008, beliau diserahkan dengan enam sampul surat serta dua bungkusan.
Dua bungkusan yang diterima masing-masing mengandungi sebidang permaidani pelbagai warna dan satu cadar tilam berwarna biru.
Enam sampul surat pula masing-masing mengandungi bulu kemaluan, sehelai seluar panjang hitam, sehelai baju lengan panjang warna biru jenama Ralph Lauren, dua helai seluar dalam jenama Levi's warna biru dan kelabu serta sehelai baju lengan panjang hijau jenama G2000.
Pakaian-pakaian tersebut telah ditunjukkan di mahkamah semasa Mohd. Saiful Bukhari memberi keterangan pada 5 Februari tahun lalu.
Semasa barang-barang kes itu dikenal pasti, Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap saksi tersebut, peguam Ram Karpal Singh dan Sankara Nair masing-masing memakai sarung tangan getah.
Turut hadir di mahkamah ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA) dari Australia, Dr. Brian McDonald yang membantu pasukan pembelaan.
Sepanjang saksi itu memberi keterangan, Anwar di kandang saksi pula dilihat tekun membaca majalah luar negara dan sesekali dilihat menoleh kepada isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di galeri awam.
Dalam keterangannya, Lay Hong berkata, kumpulan pertama barang-barang tersebut yang diambil pada 28 Jun 2008 telah diperiksa pada 1 Julai 2008 manakala kumpulan kedua barang-barang itu diperiksa pada 2 Julai dan pemeriksaan berakhir pada 5 Julai 2008.
Terdahulu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan pihak pendakwaan supaya salah satu borang penyerahan barang bukti (Borang Pol 31) ditandakan sebagai barang bukti setelah membenarkan bantahan pihak pembelaan.
Hakim tersebut bersetuju dengan hujah peguam bela memandangkan borang yang telah diubah kandungannya tidak diserahkan kepada pasukan pembelaan sebelum perbicaraan maka ia tidak boleh diterima masuk sebagai bukti.
Malah untuk menandanya sebagai IDD (bukti yang akan diterima masuk selepas disahkan) juga adalah tidak wajar kerana ia tidak mungkin akan dapat ditanda sebagai P (bukti yang telah disahkan).
Pihak pendakwaan sebelum itu berhasrat untuk menandakan borang itu sebagai 'P25' walaupun terdapat kesilapan tarikh pada dokumen tersebut yang mana tarikh yang tercatat ialah 28 Ogos 2008 sedangkan ia sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008.
Selain itu, tulisan 'B12' pada salah satu bungkusan yang diterima daripada pihak polis juga telah ditukar kepada 'B11'.
Ram Karpal mengemukakan bantahan mengikut Seksyen 51(a) Kanun Tatacara Jenayah kerana salinan borang yang diterima oleh mereka sebelum perbicaraan adalah borang yang belum diubah dan bukannya borang yang dikemukakan ke mahkamah pada hari ini.
Justeru, kata peguam itu, dokumen asal yang tidak dikemukakan salinannya kepada pasukan pembelaan tidak boleh ditanda sebagai barang bukti.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya pula menegaskan apa yang penting bukanlah dokumen tersebut tetapi barang bukti yang diperiksa kerana akhirnya yang diambil kira adalah keterangan lisan saksi terbabit di mahkamah.

Fitnah II: Saiful mungkin sodomi dengan 10 lelaki – Dr Seah




keadilandaily

KUALA LUMPUR: Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.


Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki,” kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.
Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.
Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.
LAPORAN LANGSUNG

8.45 am – Datuk Seri Wan Azizah berada di galeri awam perbicaraan namun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum kelihatan.

8.56 am – Anwar masuk ke dalam mahkamah bersama peguamnya, Sankara Nair.

9.00 am – Perbicaraan bermula. Dr Seah Lay Hoong, ahli kimia Jabatan Kimia dipanggil ke kandang saksi.

9.02 am – Beliau menerangkan tentang elektropherogram, kaedah yang digunakan untuk mengesan fragmen DNA dalam siasatan forensik.

9.11 am – Dr Seah menerangkan tentang kaedah reamplifikasi, yang dibuat jika pada pemeriksaan pertama tiada DNA dijumpai pada sampel. Remaplifikasi dilakukan pada sampel B yang kemudiannya didapati tiada profail DNA.

9.32 am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.

9.39am: Karpal membantah tindakan pendakwa kerana bertegas mahu mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti.

Menurut Karpal, carta itu dijana oleh komputer. Tambah Karpal, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.58 am: Karpal mempersoal kredibiliti Dr Seah kerana Dr Seah sendiri mengaku bukan dia yang mengisi perisian GeneMapper yang diguna untuk menghasilkan elektroferograf tersebut.

10.52 am: Perbicaraan ditangguhkan selama 30 minit.

11.20 am: Perbicaraan ditangguhkan hingga jam 3.oo petang ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mahu meneliti dokumen yang berkaitan.


Bijan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular