Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

Gaji minima: Bukti Buku Jingga mesra rakyat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kadar gaji pekerja ladang jelas menunjukkan dasar Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga benar-benar mesra rakyat dan amat mudah dilaksanakan.

Demikian kenyataan akhbar bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Abdullah Sani (Kuala Langat), M Kulasegaran (Ipoh Barat), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera).
Mereka merujuk kenyataan Muhyiddin semalam yang menyatakan pihak kerajaan pusat akan berunding dengan pihak pengurusan ladang syarikat milik kerajaan (GLC) untuk mencari langkah terbaik dalam menimbang semula kadar gaji pekerja di ladang masing-masing.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat mengalu-alukan usaha kerajaan persekutuan, walaupun ianya kelihatan serupa panggilan Pakatan Rakyat supaya pekerja ladang GLC dibayar gaji yang lebih baik.
Pada 16 Februari lalu, Pakatan Rakyat telah meminta Barisan Nasional menunjukkan kesanggupan politik (political will) yang serius mengenai isu gaji minima dengan melaksanakan serta-merta dasar gaji minima untuk setiap GLC, terutamanya bagi pekerja-pekerja di peringkat paling bawah seperti pekerja estet.
Mereka menambah, Pakatan Rakyat juga mengingatkan kerajaan persekutuan agar memastikan perbincangan-perbincangan isu gaji minima bersama pihak-pihak yang berkenaan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama,
“Kami mengambil pendirian bahawa perbincangan-perbincangan tersebut haruslah bersifat terbuka dan telus,” ujar mereka kepada Harakahdaily.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular