Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz : Islam datang bukan untuk perjuangan bangsa.


SHAH ALAM, 19 Feb.:-Islam datang dalam keadaan bukan membawa agenda perjuangan bangsa sebagai agenda utama. Demikian antara penegasan oleh YAB Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan bangsa "Jaminan PAS" yang diadakan di Audiorium MBSA disini pagi ini.


Beliau juga menegaskan Allah menjadikan manusia berlainan bangsa dan rupa dan perbezaan jantina sehingga kita dapat mengenal isteri dan suami masing-masing.

"Jika Rasulullah datang dengan tidak membawa misi ketuanan Arab begitulah PAS datang dengan mencontohi perjuangan yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah " tegasnya.

Mursyidul Am juga menegaskan bagi PAS Melayu perlu diutamakan dalam dakwah kerana mereka yang tadahulu dari bangsa lain masuk Islam di tanah air ini. Melayu adalah kaum yang dominan untuk Islam di Malaysia walaupun Islam datang untuk semua bangsa lain.

"Hakikatnya Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. . Ini dibuktikan dengan susutnya tanah rizab Melayu, kegagalan DEB. malah tidak ada keraguan lagi pengkhianatan ini dalakukan dengan perancangan yang sistematik dengan kejasama yang baik dari umno.

Menurutnya juga slogan ketuanan melayu malah menakutkan orang lain kepada islam.

Nik Azizi juga menegaskan serangan terhadap PAS membuktikan kegerunan kepada PAS dan kegerunan PAS dapat menghilangkan kuasa mereka.

Menyentuh kejatuhan kerajaan Mesir beliau menyatakan "sekitanya di Mesir dapat dijatuhkan, maka saya optimis di Malaysia juga dapat dilakukan".

Nik Aziz juga mengatakan bahawa riak ketakutan mereka kepada PAS nampak sehingga dirinya dilebal sebagai seorang nasionalis oleh pihak tertentu.

"Ssya juga dituduh hanya mahu menang pilihanraya, jika demikian apa salah menang pilihanraya ?, malah kita masuk pilihanraya untuk menang." ucap Nik Aziz dengan sinis.

Beliau juga mengulangi tidak ada alasan jika benar UMNO berjuang untuk melayu kenapa Kelantan dinafikan kerana ditadbir oleh Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular