KUALA LUMPUR 20 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.
Difahamkan pilihan raya kecil kali ini akan diadakan minggu ketiga bulan depan. SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya sejak kekosongan wujud.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
Katanya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.
BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan pula PAS.
Kerusi DUN Tenang kosong setelah Sulaiman meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.
Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor.
The Malaysian Insider
Monday, December 20, 2010
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
SIBU 26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 se...
-
(All times are local in Egypt, GMT+2) 5:35 am At least four people have been killed in violence against anti-government protesters, Al Arab...
-
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
From our headquarters in Doha, we keep you updated on all things Egypt, with reporting from Al Jazeera staff in Cairo, Alexandria, and Suez...
-
Harakahdaily TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli...
-
Salam For All:
-
6.03pm: Berikut keputusan tidak rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:
-
from BIJAN by NoToBn akan bersepah bukan setakat Milo atau susu,siap kain batik 1malaysia,coli 1malaysia,seluar dalam 1malaysia,Tudung ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??